t = term (tempoh) & r = rate (kadar) |
Peraturan 72 (rule of 72) merujuk kepada kaedah perkiraan (formula) untuk menentukan tempoh atau kadar faedah tetap pelaburan jangka panjang yang diperlukan untuk menggandakan pelaburan.
Formula untuk peraturan 72 ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Contoh
- Jika anda melabur $10,000.00 pada kadar faedah tetap tahunan sebanyak 6%, berapakah tempoh diperlukan untuk menggandakan pelaburan anda?
- Jika anda ingin menggandakan pelaburan sebanyak $10,000.00 dalam masa 10 tahun, berapakah kadar faedah tetap diperlukan?
Jawapan
- 72 ÷ 6 = 12 tahun
- 72 ÷ 10 = 7.2%
- Tempoh 12 tahun diperlukan untuk menggandakan wang $10k kepada $20k pada kadar faedah tetap tahunan 6%.
- Kadar faedah tetap tahunan sebanyak 7.2% diperlukan untuk menggandakan wang $10k menjadi $20k dalam tempoh 10 tahun.
Formula 'rule of 72' sebenarnya kurang tepat. Angka yang lebih tepat sebenarnya ialah 69.3 namun angka 72 dipilih bagi memudahkan kerja mengira.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.