Wednesday, 23 March 2022

Paip PVC bocor di atas siling

Sebelum ini saya telah kongsikan kemunculan tompokan hitam pada siling rumah dan anda boleh rujuk di sini.

Tompokan hitam muncul kembali...

Beberapa hari selepas dilap, tompokan hitam kembali lagi dan saya biarkan sahaja sebab sibuk dengan kerja harian dan hanya hari ahad sahaja ada masa terluang.

Kulat tumbuh pada siling...

Sekali sekala saya dapati ada air yang menitis ke basin yang saya simpan di bawahnya ketika berada di rumah pada waktu malam.

Titisan air yang tunggu jatuh pada siling...

Hujung minggu lepas sewaktu membuat pemeriksaan, siling telah bocor setelah saya tekan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Kali ini saya terpaksa potong siling dan bahagian yang basah telah hancur sewaktu dipotong seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Siling hancur ketika dipotong...

Setelah 'gypsum board' siling saya potong, jelas kelihatan ada kebocoran pada paip PVC di atasnya dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Paip PVC bocor...

Apa yang mengejutkan saya ialah kelihatan ada dua ekor cacing pada bahagian air yang meleleh dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Ada cacing!!!

Saya tidak pasti kenapa paip PVC tersebut bocor di situ dan yang pasti ianya tidak rapuh.

Bersihkan bahagian yang bocor...

Saya cuba tutup lubang tersebut namun gagal sebab basah dan apa yang saya lakukan untuk menghentikan kebocoran ialah melakukan 'PVC welding' dengan menggunakan 'soldering iron'.

PVC welding...

Cara melakukan 'PVC welding' adalah sama seperti 'plastic welding' yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.

Tiada kebocoran lagi...

Setelah tiada kebocoran lagi, saya potong sekeping PVC dan gam dengan menggunakan gam PVC untuk mengelak pisang berbuah dua kali.

Tampal sekeping PVC elak bocor lagi...

Saya biarkan siling yang telah dipotong begitu sahaja sebab masih lagi basah.

Biarkan sehingga kering sebelum ditutup...

Hari ahad nanti saya akan tutup lubang pada siling tersebut jika telah kering.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.