Tuesday, 13 April 2021

Astro kini tidak dapat diaktifkan melalui sms lagi

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model DS830NA dengan masalah apabila dibekalkan elektrik cuma mengeluarkan perkataan 'boot' sahaja pada indikator.

hanya perkataan 'boot' menyala...

Selepas mengeluarkan perkataan boot, ianya disusuli dengan 2 biji lampu LED menyala sekali sahaja dan berulang-ulang. Dekoder gagal melepasi proses 'reboot' dan ianya telah saya baiki serta kembali berfungsi selepas itu.

Buka & baiki...

Seperti biasa, jika dekoder yang tidak digunakan selepas satu jangkamasa tertentu, pihak astro akan menyahaktifkan akaun astro anda dan perlu menghubungi mereka semula untuk mengaktifkan semula.

Dah masuk sistem...

Cara mengaktifkannya pernah saya kongsikan sebelum ini di sini. Anda cuma perlu menggunakan telefon bimbit dengan menghantar sms ke 66688 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Kena activate akaun...

Namun, kali ini ianya tidak berjaya diaktifkan dengan menghantar sms sahaja seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar saya di bawah.

Tak dapat pula???

Setelah melayari laman sesawang yang diberikan, saya akhirnya menemui whatsapp untuk menghubungi astro njoi di talian 03-95438100.

Talian whatsApp astro NJOI - 03-9543 8100

Cara-cara untuk berhubung dengan operater mereka ialah seperti berikut:-

1. Taip hi dan hantar kepada whatsApp 03-9543 8100

2. Taip 6 - Bantuan tenikal

3. Taip 1 - Paparan Hitam

4. Taip 2 - Isu gagal diselesaikan

Cara-caranya...

Percaya atau tidak, setelah berjaya berhubung dengan operator, mereka enggan membantu jika kita gagal memberikan nama pemilik akaun astro seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Tak nak bantu pula...

Saya terpaksa menghubungi pemilik untuk mendapatkan nama penuh dan menghubungi mereka semula hanya untuk mengaktifkan perkhidmatan yang telah dinyahaktifkan. Gambar di bawah menunjukkan perbualan saya dengan operator dan anda hanya perlu menjawab kesemua soalan mereka.

Kena tahu nama pemilik...

Setelah kesemua soalan dijawab, insyallah akaun anda akan diaktifkan dan boleh menonton semula melalui dekoder NJOI anda.

Selesai...

Menurut perbualan saya dengan operator seperti boleh dilihat pada gambar di bawah, tujuan mereka meminta nama pemilik berdaftar ialah supaya tidak mendedahkan data pribadi pelanggan. Adakah dengan menghantar sms membantu pelanggannya mengaktifkan akaun astro boleh menyebabkan data pribadi mereka jatuh ke tangan saya? Guna akal logik anda, apa data pribadi pelanggan mereka yang saya dapat?

Betul tak kenyataan mereka tu?

Selain daripada itu, saya juga mendapati operator mereka sebenarnya juga tidak dilengkapi dengan pengetahuan tenikal berkaitan astro dan bekerja seperti robot sahaja. Katanya 'akaun njoi sentiasa aktif saja' seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Jika sentiasa aktif, kenapa kita perlu menghubungi mereka untuk mengaktifkannya sebelum boleh menonton semula?

Sekali lagi, ini adalah pendapat pribadi saya semata-mata. Pihak astro kini rungsing kenapa banyak dekoder yang telah lama tidak aktif kini kembali aktif sebab telah saya baiki.

Untuk pengetahuan pihak astro (jika terbaca artikel saya ini), hampir setiap hari saya dirujuk dekoder yang tidak berfungsi untuk dibaiki dan statistik dekoder yang berjaya saya baiki ialah 80%.

Majoriti mereka yang merujuk dekoder untuk dibaiki adalah golongan emas dan tidak celik IT serta tidak tahu menghubungi mereka melalui whatsapp untuk mengaktifkannya. Saya terpaksa membantu sehingga akaun telah diaktifkan selain membaiki dekoder sebelum dikembalikan kepada pemilik.

Tinggal kenangan... (RIP april 2021)

Sebelum ini proses mengaktifkan akaun astro hanya perlu menghantar sms sahaja namun kini mereka  terpaksa menyusahkan pelanggannya dengan harapan ramai yang putus asa serta melanggan siaran berbayar mereka untuk mendapatkan dekoder baru secara percuma.

Sebabnya mudah, jika dekoder pakej astro NJOI rosak, pelanggan perlu membeli dekoder baru namun jika siaran berbayar, mereka menawarkan dekoder baru secara percuma.

Guna akal logik anda dan fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.