Saturday 8 October 2022

Cara gam kasut yang terkopak

Kasut jogging ini saya beli sewaktu PKP kira-kira dua tahun lepas untuk berjogging dan telah saya kongsikan di sini.

Tapak terkopak...

Masalah kasut yang sering berlaku ialah terkopak terutamanya pada bahagian tapak. Apa yang biasa kita lakukan ialah gamkan kembali bahagian yang terkopak sahaja namun tidak bertahan lama.

Bersihkan tapak...

Saya dapat ilmu gam kasut ini dari tukang jahit kasut di tepi jalan. Menurutnya bahagian yang hendak digam haruslah dibersihkan terlebih dahulu sebelum melumurkan gam baharu. Cara terbaik ialah buka keseluruhan bahagian tapak kasut dan buangkan gam lama sehingga bersih pada kedua-dua belah yang akan dicantumkan kembali.

Lumurkan gam pada bahagian tepi...

Lumurkan gam pada kedua-dua bahagian yang ingin dicantumkan dan biarkan sehingga gam hampir kering sebelum mencantumkannya semula. Saya biarkan kira-kira 15 minit selepas dilumurkan gam sebelum dicantumkan.

Lumurkan juga gam pada bahagian kasut...

Selepas dicantumkan, biarkan kira-kira 24 jam sehingga gam betul-betul kering sebelum digunakan. Biasanya tukang kasut akan jahit bahagian yang telah dicantumkan sebab menurutnya jika kasut mulai terkopak, ianya telah berusia dan kualiti getah serta fabrik telah mulai menyusut.

Siap...

Menurut tukang kasut, jahit tapak kasut yang baharu dibeli, nescaya ianya tidak akan terkopak serta bertahan sehingga tapak kasut haus atau koyak.

Gam yang saya guna...

Menurut tukang kasut juga, cara menjaga kasut supaya ianya tahan ialah jangan menggunakan kasut sewaktu basah atau jika boleh jangan basahkan kasut.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.