Friday 21 October 2022

Lunar calender

Semalam suruhanjaya pilihan raya (SPR) telah mengumumkan 3 tarikh penting iaitu:-

  1. 05/11/2022 - Hari penamaan calon
  2. 15/11/2022 - Hari mengundi awal
  3. 19/11/2022 - Hari mengundi
November 2022

Hari ini saya nak kongsikan keunikan kalender lunar yang menggunakan bulan sebagai penunjuk. Kalender yang kita guna sekarang adalah berpandukan terbit/terbenam matahari atau juga dikenali sebagai kalender gregorian.

Secara ringkasnya, kalender lunar hanya mempunyai 28/29 hari sahaja sebulan manakala kalender gregorian pula mempunyai 30/31 hari selain bulan febuari 28/29 hari.

Moon phase

Gambar di atas adalah satu fasa penuh bulan yang kita boleh lihat di langit setiap malam jika cuaca menizinkan. Setiap fasa bulan bermula pada hari di mana bulan tidak kelihatan yang juga merupakan hari pertama kalender lunar dan bulan penuh ialah pada hari ke-15 setiap bulan.

Banyak infomasi yang boleh kita dapat dari kalendar lunar dan hari ini saya kongsikan satu sahaja iaitu melibatkan pasang surut air.

Kita tahu hujung tahun merupakan musim tengkujuh di negara kita dan air pasang/surut ada kaitan terus dengan bulan. Air pasang paling tinggi ialah ketika bulan berada paling dekat dengan bumi.

Mengikut kalendar lunar, air pasang paling tinggi ialah pada hari ke-3 & hari ke-18. Maksudnya jika berlakunya banjir pada bulan tersebut, air hanya akan surut selepas hari ke-3 atau hari ke-18 kalendar lunar.

Apa yang saya nak sampaikan berkaitan dengan tarikh-tarikh yang diberikan oleh SPR di atas ialah, ianya bukan pada hari di mana air pasang paling tinggi menurut kalendar lunar. 

Jadi, jika ditakdirkan berlakunya banjir pada bulan november, tarikh mengundi iaitu 15/11/2022 (hari ke-22 kalendar lunar) & 19/11/2022 (hari ke-26 kalendar lunar) bukan jatuh pada hari di mana air pasang paling tinggi. Kemungkinan air telah surut pada tarikh mengundi jika berlakunya banjir...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.