Saturday 29 October 2022

SAMSUNG PS43F4000AR Plasma TV

Saya pernah membaiki TV plasma seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Minggu lepas saya telah dirujuk dua buah TV serupa model PS43F4000AR dengan masalah sama iaitu layar gagal menyala dan lampu standby berkelip-kelip apabila butang power ditekan.

Masalahnya juga sama dengan TV yang pernah saya baiki sebelum ini iaitu ada litar pintas pada papan litar Y-sus. Komponen yang didapati rosak juga sama seperti yang pernah saya baiki sebelum ini.

Untuk pengetahuan semua, TV plasma model ini menggunakan dua jenis papan litar Y-sus seperti telah saya labelkan pada gambar di atas. Perbezaannya ialah kedudukan lubang-lubang untuk mengunci papan litar.

Kali ini saya beli papan litar terpakai melalui atas talian dan harganya di bawah RM100.00. Saya tidak baiki papan litar asal sebab kadang-kadang terbeli komponen tiruan serta tidak berjaya di baiki.

Kedua-dua papan litar boleh berfungsi setelah ditukar namun papan litar dengan label LJ41-10321A sedikit bermasalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan sambungan ke skrin plasma tidak elok atau cabelnya kotor.

Saya telah cuba bersihkan cabel serta pasang kembali namun masalah tetap sama. Seterusnya saya dapati garisan melintang hilang setelah saya tekan penyambungnya seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Seterusnya saya buka serta periksa dengan teliti dan mendapati salah satu klip telah pecah dan boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya telah membuat aduan kepada penjual dan pihak mereka akan menghantar sebuah lagi papan litar kepada saya.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.