Monday 31 October 2022

DALDOSS dumbwaiter PCB repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah papan litar untuk kegunaan 'dumbwaiter' dengan masalah gagal berfungsi.

DALDOSS ELEVETRONIC SPA

Menurut pemilik ianya telah diganti dengan yang baharu dan masalah PCB ini ialah tidak berfungsi serta lampu LED tak menyala.

Nombor rujukan PCB...

Benda pertama yang saya periksa pada papan litar ialah lampu LED sebab pemilik kata tidak menyala dan kedua-duanya elok.

2 biji 1N4007 putus...

Pemeriksaan dengan mata kasar pada papan litar akhirnya menemui dua biji diod putus dan ianya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan diod baharu...

Nombor rujukan diod yang digunakan ialah 1N4007 dan keempat-empatnya disambung untuk bertindak sebagai 'rectifier' iaitu menukarkan arus ulang alik (AC) ke arus terus (DC).

L7812CV voltage regulator...

Setelah dua biji diod telah diganti, saya nak uji papan litar tersebut namun tidak tahu apa bekalan elektrik yang diperlukan serta di mana bekalan harus disambung.

Pemeriksaan teliti pada litarnya akhirnya menemui arus terus dari 'rectifier' disambung kepada sebiji 'voltage regulator' dengan label L7812CV seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Bekalan 'input' kepada 'voltage regulator' dilabel 24v dan bekalan 'output' pula dilabel 12v.

Saya juga menemui bahagian bekalan 'input' ke 'rectifier' pada papan litar dan telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Bekalan arus ulang alik (AC)

Saya bekalkan 12vac kepada bahagian 'ac in' pada gambar di atas sebagai percubaan dan ianya boleh berfungsi semula. Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya dengan bekalkan 12vac ke papan litar dan lampu LED berwarna hijau menyala.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.