Wednesday 19 October 2022

Saflok handheld programmer repair

Pagi ini saya dirujuk sebuah alat untuk memprogram pintu berjenama Saflok, model: HH6 dengan masalah bateri yang telah dicas cuma bertahan kira-kira 10 minit sahaja.

Saflok HH6 handheld programmer

Menurut pemilik, walaupun baterinya telah penuh dicas namun bila dibawa ke tempat untuk memprogram kunci pintu ianya akan mengeluarkan bunyi alarm memberitahu 'low batt'. Masalah sedemikian adalah disebabkan baterinya tidak mampu menyimpan cas lagi.

SAFLOK HH6 programmer

Baterinya terletak pada bahagian belakang 'handheld' dan cuma perlu membuka sebiji skru sahaja. Baterinya menggunakan kabel 3 wayar iaitu berwarna merah, hitam dan putih seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cabut penyambung bateri...

Gambar di bawah adalah bateri yang digunakan dan tiada label kapasiti/rating untuk rujukan. Pencarian saya di laman sesawang dengan menggunakan nombor rujukannya mendapati rating bateri yang digunakan ialah 2.4v/2500mAh.

Bateri 2.4v/2500mah (KABA 132-512886)

Dari label pada bahagian belakang 'handheld' jelas tertera ianya menggunakan bateri Ni-MH. Voltan sebiji bateri Ni-MH ialah 1.2v dan sebagai percubaan saya berhajat menukarkan baterinya dengan bateri yang saya beli untuk membaiki lampu kecemasan serta pernah dikongsikan di sini serta sini.

Kabel bateri (3 wayar)

Saya harus menggunakan kabel asalnya sebab ianya memerlukan 3 wayar dan wayar putih disambung sebiji NTC thermistor yang berfungsi untuk mengesan suhu.

Sebiji NTC thermistor...

Nilai NTC thermistor tersebut ialah 10kΩ bila diukur dengan menggunakan multimeter dan nilai rintangan akan berkurangan jika suhu meningkat.

Gantikan dengan bateri DIY baharu...

Misi percubaan dengan menggantikan baterinya berjaya dan masalah selesai. Bateri yang saya gunakan ialah bateri AA jenis Ni-MH dengan rating/kapasiti 1500mAh/1.2V sebiji.

Tested - ok

Menurut pemilik juga, harga sebiji bateri yang baharu ialah RM500.00 - RM600.00 jika dibeli terus dari syarikat Saflok. Untuk pengetahuan semua harga 4 biji bateri Ni-MH yang saya beli seperti boleh dilihat pada gambar di bawah ialah RM4.99 sahaja.

Bateri baharu - 1.2v/1500mAh

Sebelum ini saya pernah membaiki 'dashcam' dengan masalah tidak mengecas yang juga menggunakan bateri dengan 3 kabel. Masalahnya sedikit berbeza dengan kali ini sebab pemiliknya telah menukarkan bateri asalnya 3 kabel kepada bateri  jenis 2 kabel sahaja. Apa yang saya lakukan ialah sambung sebiji perintang ke kabel ke-3 dan anda boleh rujuk di sini.

Nilai NTC thermistor - 10kΩ

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.