Friday 7 June 2019

DIY Capacitor Discharge Tool

Hari ini saya kongsikan cara membuat 'capacitor discharge tool', iaitu alat untuk membuang cas pada kapasitor sebelum membuat pemeriksaan pada papan litar.
Schematic - capacitor discharge tool
Caranya mudah sahaja, komponen yang diperlukan adalah seperti berikut:-
  1. 8 biji diod (1N4007)
  2. Sebiji 3.3kΩ (5W) perintang
  3. Sebiji 100Ω (1/2W)
  4. 2 biji LED
komponen yang diperlukan...
Untuk makluman, alat pembuang cas kapasitor ini hanya sesuai untuk kapasitor dengan voltan sehingga 600V sahaja. Jika anda ingin menggunakannya untuk membuang cas pada kapasitor ketuhar mikro (microwave), anda perlu tukar perintang 3.3kΩ kepada 100kΩ.
Sambungkan mengikut schematic...
Untuk pengetahuan semua, hanya sebiji LED sahaja yang akan menyala pada satu-satu masa kerana kedua-dua LED tersebut disambung bertentangan. Tujuannya ialah supaya mudah untuk kita membuang cas pada kapasitor tanpa menentukan mana satu terminal +ve atau -ve.
Siap...

Gambar di bawah diambil pada 13/05/2022 setelah saya tukarkan sebiji lampu LED kepada warna merah & telah disimpan dalam bekas LED driver supaya lebih selamat ketika digunakan serta kemas.

Simpan dalam bekas LED driver...


Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.