Semalam, seperti biasa pada hujung minggu saya akan ke pasaraya membeli barangan makan perlu untuk bekalan seminggu.
2kg - RM31.99 (5/7/2024 - ECONSAVE) |
Dalam banyak-banyak pasaraya, saya suka kepada pasaraya ECONSAVE sebab harganya lebih murah berbanding pasaraya lain dan yang paling penting ialah, jika ada promosi tidak perlu 'member card'. Jangan lupa kad ahli bukannya diberi percuma dan perlu diperbaharui dengan kos tertentu.
Saya dari dulu lagi sememangnya tidak berminat dengan 'member card' sebab kaedah berniaga seperti ini tidak ubah seperti kumpulan kongsi gelap suatu ketika dahulu.
Saya mementingkan harga berbanding 'member card'. Tiada maknanya jika harga lebih mahal dengan kad ahli (member card) walaupun beza beberapa sen sahaja.
Dalam banyak-banyak barangan yang saya beli, saya perasan harga sebungkus Milo seperti ada penurunan harga atau mungkin harga promosi di hujung minggu.
Setibanya di rumah, saya selongkar resit pembelian lepas dan mendapati ianya lebih murah RM2.00 namun baru perasan beratnya juga kurang 200g seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Saya percaya tiada peniaga yang menjual barangan di bawah harga kos barangan dan harga jualan semestinya berpandukan margin keuntungan.
Ini lah yang berlaku jika kerajaan siang dan malam memantau harga tanpa mengetahui situasi sebenar peniaga. Peniaga akan mencari jalan untuk mencari keuntungan dengan pelbagai cara.
Ini adalah contohnya, harga kerajaan kawal namun mereka kurangkan kuantiti mungkin untuk elak tiada untung ataupun mungkin juga rugi.
Jenama sama tapi harga berbeza... |
Gambar di atas ialah perbezaan harga tepung gandun sekilo jenama green horse yang sama pada dua pasaraya berbeza.
- RM3.70 (EVERWIN) dengan kad ahli
- RM3.40 (ECONSAVE) tanpa kad ahli
Jika pihak KPDN memantau harga sekali pun, peniaga masih lagi ada cara untuk menaikkan harga seperti dengan menukarkan bungkusan serta jenama yang berbeza seperti harga telur ayam yang pernah saya kongsikan sebelum ini di sini.
Itu lah juga yang terjadi kepada beras putih tempatan yang lesap dari pasaran dan saya sangat yakin ianya telah dibungkus menjadi beras putih import untuk menjana keuntungan lebih atau keuntungan luar biasa.
Renung-renungkan...
1.8kg - RM45.80 (7/12/2024 - EVERWI |
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.