Hari ini merupakan hari pertama PKP 2.0 di negara kita dan kerajaan telah mengumumkan pengisytiharan proklamasi darurat di bawah perkara 150 perlembagaan persekutuan.
PKP pertama dahulu dikuatkuasa pada Mac 18, 2020 dan anda boleh rujuk di sini.
Anda boleh rujuk keterangan lanjut mengenai perkara 150 proklamasi darurat di sini.
Sumber: Zunar |
Pada pemerhatian saya, proklamasi darurat ini lebih bermotifkan kepada kelangsungan politik pemerintah selain keselamatan kesihatan berikutan pandemik CoVid-19 yang semakin meningkat saban hari.
Umum mengetahui bahawa peningkatan kes CoVid-19 agak mendadak kebelakangan ini namun harus diingat bahawa KKM menggunakan kaedah pendekatan bersasar (targeted approach) dalam membuat ujian pengesanan CoVid-19.
1/3 |
Ini bermaksud kebarangkalian mendapat keputusan positif CoVid-19 adalah tinggi jika KKM telah menemui seseorang yang positif dan seterusnya membuat pengesanan bersasar melalui kontak rapatnya. Jika tiada ujian dilakukan sebab tiada individu positif yang dikesan, sudah tentu tiada pertambahan kes positif.
2/3 |
Contoh terbaik ialah kes di Sibu serta Miri baru-baru ini. Setelah sekian lama kedua-dua dareah tersebut berada di zon hijau tiba-tiba TERUS menjadi zon merah sebab seseorang positif telah dikesan dan pihak KKM membuat pengesanan bersasar terhadap kontak rapatnya.
3/3 |
Saya juga berpendapat bahawa banyak lagi yang positif CoVid-19 telah berada di komuniti namun tidak diketahui berikutan tiada ujian dibuat sebab tidak bergejala.
Harus diingat bahawa tidak semua yang positif CoVid-19 bergejala akan berakhir dengan kehilangan nyawa sebab terdapat berjuta-juta kes positif CoVid-19 di seluruh dunia namun yang berakhir dengan kematian adalah sedikit.
Ini juga memberitahu kita bahawa virus CoVid-19 boleh dimusnahkan melalui sistem pertahanan individu. Kes kematian akibat CoVid-19 biasanya melibatkan individu yang lemah sistem pertahanan seperti warga tua serta mereka yang ada 'comorbidity'.
Ramai yang didapati positif CoVid-19 cuma perlu dikuarantin di pusat kesihatan atau di rumah sahaja untuk sembuh tanpa sebarang ubat/vaksin setakat ini.
Tujuan mereka yang positif dikuarantin ialah supaya tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain dan seterusnya boleh memutuskan rantaian virus.
Kemungkinan saya juga pernah dan telah dijangkiti virus CoVid-19 namun tidak diketahui statusnya sebab tidak bergejala dan tidak pernah menjalani ujian CoVid-19.
Umun juga mengetahui bahawa vaksin telah ditemui dan mulai diedarkan ke seluruh dunia seawal penghujung tahun lepas. Penawar telah ada dan kenapa negara kita perlu mengisytiharkan proklamasi darurat?
Ceritanya begini...
Setelah kerajaan UMNO/BN jatuh pada PRU14 lepas, mereka telah berusaha untuk merampas kembali dengan mencanangkan isu kaum serta agama sehingga tertubuhnya kerajaan pintu belakang yang kita ada sekarang ini.
Sejak kerajaan pintu belakang ditubuhkan, isu perkauman serta agama tiba-tiba hilang terus dari radar dan tidak dapat dicanangkan lagi sebab perebutan kuasa adalah di antara orang melayu dengan melayu dan umum tahu di negara kita melayu itu islam.
Banyak usaha telah dilakukan dalam perebutan kuasa sebelum ini seperti usul undi tidak percaya di parlimen, lompat parti untuk mendapatkan majoriti, SD untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada sekarang, wakil rakyat diberi jawatan untuk mendapat sokongan dan sebagainya. Ini telah menyaksikan beberapa negeri telah bertukar kerajaan serta ketua menterinya selepas itu seperti Perak, Johor, Kedah dan Sabah.
Kes yang paling unik ialah di Perak, Pihak BN telah mengusulkan "undi percaya" terhadap ketua menterinya yang dipilih oleh Sultan namun tidak mengundi ketika proses mengundi di dewan undangan negeri yang seterusnya mengakibatkan ketua menterinya hilang kepercayaan serta harus meletakkan jawatan. Umum tahu ketua menteri yang baharu adalah dari wakil rakyat UMNO/BN selepas itu.
Satu lagi sebab kenapa saya katakan proklamasi darurat ini bermotifkan politik ialah parlimen digantung namun sekolah tetap dibuka pada Januari 20, 2021 ini seperti yang diumumkan oleh menteri kanan pendidikan semalam.
Apa kata anda, tepuk dada tanya iman...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.