Kereta Perodua kelisa saya dibeli pada tahun 2006 dan selama ini saya cuma tukar brake pad & brake shoe sahaja selain isi sedikit minyak brek jika perlu. Semua saya tukar sendiri dan pernah dikongsikan di sini dan sini.
Minyak brek |
Selepas kereta tersadai lama sewaktu PKP, saya mulai perasan sistem brek sedikit bermasalah namun dibiarkan sebab masih berfungsi seperti biasa.
Pedal dalam kereta kelisa... |
Pada mulanya saya perasan pedal brek perlu dipijak lebih jauh ke bawah sahaja sebelum brek mulai mencengkam.
Brake pad masih elok |
Sistem brek semakin hari semakin merosot dan ada kalanya perlu ditekan dua kali baru berfungsi atau mencengkam.
Perbandingan brake pad baru dengan lama... |
Baru-baru ini keadaan tidak selamat lagi digunakan sebab sewaktu brek mencengkam, kereta akan lari ke sebelah kanan. Ini adalah disebabkan sistem brek bahagian hadapan tidak mencengkam dengan 'balance' di sebelah kiri dan kanan kereta.
Pam brek depan |
Saya periksa brek pad serta minyak brek dan semuanya berkeadaan elok. Saya juga periksa bahagian 'master pump' dan semua bersih tanpa sebarang kebocoran. Begitu juga dengan bahagian pam brek yang juga elok tanpa ada kesan kebocoran.
Pam brek belakang |
Saya hantar ke bengkel kereta meminta bantuan untuk melakukan 'bleeding' mengeluarkan angin di dalam sistem brek.
Macam-macam jenama brake pad... |
Masalah selesai setelah melakukan 'bleeding' sahaja pada sistem brek dan kini telah sebulan berfungsi tanpa masalah lagi.
Cara melakukan 'bleeding' sangat mudah namun perlukan bantuan dari seseorang dan tidak dapat dilakukan bersendirian.
Caranya ialah:-
- Isi minyak brek.
- Seorang bantu memijak brek beberapa kali sehingga keras dan seorang lagi melakukan 'bleeding' pada pam brek dengan membuka 'nipple' dan kunci kembali.
- Proses dilakukan berulang 2 hingga 3 kali untuk setiap pam brek.
- Brek akan kembali normal setelah selesai melakukan 'bleeding' pada keempat-empat pam brek jika tiada kerosakkan lain pada sistem brek.
- Pastikan jangan lepaskan pijakan brek sewaktu 'nipple' dibuka dan dikunci semula. Pedal brek hanya boleh dilepaskan setelah 'nipple' telah dikunci kembali.
Saya dikenakan bayaran RM5 untuk setiap pam brek iaitu RM20 untuk melakukan 'bleeding' sahaja dan membawa minyak brek sendiri.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.