Saturday, 11 January 2025

Current limiter A.K.A. series test lamp

Hari ini saya kongsikan satu peranti yang paling asas bagi membantu tukang baiki peralatan elektrik/elektronik iaitu 'series test lamp' atau juga dikenali sebagai 'current limiter'.

Peranti ini mudah serta boleh DIY sendiri dan komponen yang diperlukan ialah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Peranti ini bertindak sebagai keselamatan (safety) untuk menguji peralatan elektrik/elektronik yang telah dibaiki bagi memastikan tiada kerosakkan lagi serta telah berjaya dibaiki.

Gambar di bawah ialah pendawaiaan di antara mentol dan soket iaitu wayar bumi serta wayar neutral disambung terus ke soket. Wayar hidup pula disambung melalui mentol yang bertindak sebagai 'current limiter'.

Pendawaiaan...

Untuk makluman semua, hanya mentol filamen (incandescent bulb) sahaja boleh digunakan dan kuasa mentol harus tinggi atau sekurang-kurangnya 50W ke atas.

Siap...

Ianya tidak akan berfungsi jika menggunakan lampu jenis LED atau lampu pendaflour (fluorescent).

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di atas.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.