Monday, 11 January 2021

Malang Tidak Berbau

Sebelum ini saya pernah membaiki alat pengering rambut seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Setelah dibuka...

Jenama alat pengering rambut ini ialah PHILIPS, Model: HP4857/00 dengan masalah boleh panas namun kipasnya tidak berpusing.

HP4857/00

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
HP4857/00

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Elemen pemanas putus...

Tiada kerosakkan pada motor kipas apabila diperiksa dengan menggunakan multimeter. Pemeriksaan dengan teliti akhirnya menemui elemen pemanas putus seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Sambung element yang putus...

Seperti biasa, elemen yang putus saya sambung kembali dan alat pengering rambut ini kembali berfungsi semula apabila saya uji dalam keadaan terburai seperti boleh dilihat pada klip video di penghujung artikel ini.

Siap...

Nasib tidak meyebelahi saya kali ini apabila kipasnya terlepas dan mencederakan tangan saya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cedera sebab kipas terlepas...

Kipas tersebut terlepas sebab tidak bersambung dengan kuat pada motornya. Puncanya ialah bahagian penyambung kipas pecah serta longgar dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

bahagian penyambung pecah...

Bahagian penyambung yang pecah pada mulanya saya cuba gam dengan menggunakan 'super glue' namun tidak berjaya. Seterusnya saya lilit wayar tembaga pada bahagian penyambung seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Guna 'tool' yang sesuai...

Punca kerosakkan alat pengering rambut di atas bermula dari kipasnya yang longgar dan mengakibatkan panas melampau sehingga elemen pemanasnya putus.


Peringatan kepada diri sendiri, elak daripada menguji peralatan elektrik dalam keadaan terburai.

Berhati-hati ketika menyelengara/membaiki peralatan elektrik.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.