Thursday, 21 January 2021

ALPHA TECH Like repair

Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini dan anda boleh membacanya di sini.

Penghujung tahun lepas saya telah dirujuk lagi benda yang kelihatan serupa jika sekali pandang namun bila dibandingkan dengan yang pernah saya baiki dahulu, ada sedikit perbezaan pada labelnya iaitu perkataan 'General 1.1' tidak ada.

Pemilik memberitahu kepada saya masalahnya ialah, kereta langsung tidak dapat dihidupkan jika menggunakan ECU tersebut.

Setelah dibuka, rekabentuk papan litarnya juga sedikit berbeza dan kelihatan sebiji kapasitor tertanggal salah satu terminalnya seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Jelas kelihatan gambar di atas salah satu terminal pada kapasitor telah tercabut seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan kejadian seperti ini biasanya adalah akibat litar pintas pada kapasitor tersebut dan meletup.

Nilai kapasitor tersebut ialah 1uF, 50v jenis aluminium. Saya tidak mempunyai penganti untuk 'aluminium capacitor' seperti asal dan saya gantikan dengan kapasitor biasa seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya terpaksa baringkan kapasitor yang baru tersebut disebabkan ruangan yang terhad agar tidak bersentuhan dengan papan litar di atasnya.

Akhir sekali saya periksa semula nilai kapasitor tersebut dengan multimeter dan ianya 963nF seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Saya serahkan ECU tersebut kepada pemilik dan setelah diuji, kini keretanya boleh dihidupkan namun injin kereta tidak stabil dan merujuk semula ECU tersebut kepada saya untuk pemeriksaan lanjut.

Gantikan LM2575T yang baru...

Pemeriksaan semula mendapati sebiji 'switching regulators' berlabel LM2575T rosak dan harus diganti.

LM2575T telah diganti...

Klip video dibawah saya rakam dan menunjukkan perbezaan bacaan pada LM2575 yang rosak dibandingkan dengan yang elok menggunakan multimeter.

Setelah siap LM2575T ditukar dan diserahkan kepada pemilik untuk diuji, masalah injin tidak stabil selesai dan ianya telah berjaya diselamatkan.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. Sebiji kapasitor 1uF, 50v
  2. Sebiji 'switching regulators' LM2575T

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.