Saturday, 23 January 2021

Panasonic VIERA TH-L42U5K LCD TV repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah TV LCD berjenama Panasonic, Model: TH-L42U5K dengan masalah tidak dapat dihidupkan.

Panasonic VIERA

Pemilik memberitahu saya kali terakhir TV cuba dihidupkan, ada kedengaran bunyi percikan api dan ianya gagal dihidupkan.

Model: TH-L42U5K

Oleh kerana pemilik memberitahu saya ada percikan api, saya tidak menguji TV tersebut dan terus membukanya. Ketika saya membuka penutup belakang TV, saya ada terhidu bau komponen yang terbakar dari dalam.

Setelah penutup belakang dibuka..

Setelah dibuka dan diperiksa dengan pandangan mata kasar, saya dapati salah satu 'inductors' berlabel L603 pada papan litar telah mengalami panas melampau dan anda boleh cuba cari 'inductors' tersebut pada gambar di bawah.

PSU - power supply unit

Selain daripada 'inductors' yang kelihatan terbakar, saya juga menemui sebiji diod yang dipasang terbalik seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Ia sepatutnya harus dikunci pada 'heatsink' untuk mengelak daripada panas melampau yang boleh merosakkannya.

Sebiji diod dipasang terbalik...

'Inductors' yang mengalami panas melampau saya maksudkan di atas boleh dilihat dengan jelas pada gambar dibawah dan telah berwarna kehitaman.

Inductors rosak...

Setelah dibuka dan mencari alat ganti untuk 'inductors' tersebut di pasaran tempatan, saya menemui jalan buntu sebab saiz wayar tembaga bersalut (enameled copper wire) yang digunakan tidak sama. Majoriti yang dijual menggunakan wayar tembaga bersalut yang halus.

Keluarkan inductors yang rosak...

Mahu tak mahu saya terpaksa DIY dan benda pertama yang harus diketahui ialah jumlah lilitannya. Caranya ialah dengan membuka satu per satu dan kira jumlah lilitannya.

Buka wayar tembaga yang rosak...

Jumlah lilitan 'inductors' tersebut ialah 49 dan wayar tembaga bersalut yang baru saya ambil dari stator motor alat penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang tidak dapat dibaiki lagi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Cari wayar tembaga yang sama saiz...

Gambar di bawah merupakan 'inductors' yang telah saya lilitkan semula dengan wayar tembaga bersalut pada 'ferrite' asal sebanyak 49 lilitan.

Lilitkan wayar tembaga yang baru...

Gambar seterusnya menunjukkan 'inductors' yang telah dibaiki saya pasang kembali ke papan litar dan perbezaan ketara ialah pada warnanya.

Siap...

'Inductors' yang rosak berwarna kehitaman disebabkan panas melampau yang menyebabkan penyalutnya terbakar. Wayar tembaga biasa tanpa penyalut tidak boleh digunakan untuk membuat 'inductors'.

Testing...

TV di atas telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan membaiki 'inductors' yang telah rosak.

Tested - ok

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Salam. Tumpang tanya, sye ade tv model ni nak jual. Tpi tak tau brape market harga sekarang. Brape ea market model ni skrang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak pasti sebab kerja saya baiki sahaja.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.