Tuesday 12 January 2021

ASTRO DPH5000NA decoder repair

Semalam saya dirujuk sebuah dekoder astro lama model DPH5000NA dengan masalah sejagat iaitu 'no display'.

Astro decoder...

Ketika saya mengujinya, kipas pada bahagian belakang boleh berpusing namun indikator pada bahagian hadapan dekoder tidak menyala.

Model: DPH5000NA

Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalamnya dan ianya dilengkapi dengan cakera padat (hard disc) untuk tujuan merakam.

Ada 'hard disc'...

Pemeriksaan pada papan litar menemui 3 biji kapasitor didapati rosak seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Komponen yang rosak...

Setelah ketiga-tiga kapasitor tersebut saya tukar dan diuji, dekoder tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Testing

Gambar di bawah dirakam oleh pemilik dan dihantar kepada saya sebagai bukti ianya boleh digunakan sebab pemilik tidak membawa kad astro bersama ketika merujuk dekoder kepada saya untuk dibaiki.

Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.