Sebelum ini saya pernah membaiki dekoder seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.
Jenama: PHILIPS |
Pagi ini saya dirujuk lagi sebuah dekoder serupa pakej astro njoi dengan masalah tidak dapat dihidupkan setelah arus elektrik dibekalkan.
Model: DSR4201/68 |
Ketika saya terima dekoder, saya dapati ada bunyi dari dalam dekoder apabila digoncang dan gambar di bawah menunjukan keadaan di dalamnya setelah penutup atas dibuka.
Setelah penutup dibuka... |
Sekali imbas dengan mata kasar, saya tidak menemui sebarang komponen yang rosak dan semuanya kelihatan elok.
PSU - power supply unit |
Benda pertama yang saya periksa ialah fiusnya dan 'bingo' ianya putus. Nilai fius yang digunakan ialah 3A namun saya tidak menemui sebarang objek yang menghasilkan bunyi apabila digoncang sebelumnya.
Fius 3A putus... |
Jika fius utama putus mesti bersebab, jadi saya buka papan litar PSU dan mendapati terdapat sebiji duit siling 5 sen yang melekat pada bahagian bawah PSU dan boleh dilihat pada gambar di bawah.
Adakah anda nampa apa yang sama nampak? |
Apabila saya belek duit siling tersebut, memang kelihatan ada kesan percikan akibat dari litar pintas yang berlaku padanya serta menghasilkan kesan tompok hitam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Litar pintas oleh duit siling... |
Punca kerosakkan telah ditemui dan kini saya yakin fius tersebut putus akibat litar pintas dari duit siling 5 sen tersebut. Pemeriksaan menyeluruh pada PSU juga tidak menemui sebarang komponen lain yang rosak.
Gantikan fius baru... |
Setelah fius tersebut saya gantikan dengan yang baru dan diuji, dekoder tersebut telah berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula.
Testing... |
Dekoder lama ini lebih tahan dan mudah dibaiki berbanding dekoder baru model yang berwarna hitam. Masalahnya hanya pada PSU sahaja manakala dekoder baru yang berwarna hitam pula kadang-kadang tidak berjaya dibaiki.
tidak 'support' astro first... |
Dekoder lama ini tidak boleh menyokong aplikasi baru seperti 'astro first' namun jika anda tidak melanggan channel berbayar, ianya masih boleh digunakan buat masa ini dan berbaloi untuk dibaiki sebab tahan lasak.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.