Tuesday 19 January 2021

Force Software Update on ASTRO SMT-S5041/AST decoder

Semalam saya dirujuk sebuah dekoder astro model: SMT-S5041/AST dengan masalah boleh dihidupkan namun lampu merah sahaja menyala serta berkelip-kelip.

Astro NJOI...

Ketika saya mengujinya, lampu merah boleh menyala namun apabila saya tekan butang 'power' ianya tidak berubah kepada lampu hijau tetapi lampu merah berkelip-kelip seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Saya telah buka dekoder tersebut untuk dibuat pemeriksaan namun tiada komponen yang rosak ditemui. Saya juga memeriksa adapternya dan ianya masih elok dengan voltan output 12.1vdc.

Model: SMT-S5041/AST

Ini merupakan kali kali pertama saya dirujuk dekoder astro model SMT-S5041/AST dan perlu meluangkan lebih masa untuk membuat pemeriksaan namun masih tidak berhasil.

Tekan butang 'power' berulang untuk 'software update'

Pencarian buku panduan (operation manual) secara atas talian (online) juga menemui jalan buntu namun akhirnya saya terjumpa satu artikel cara membuat "software update' untuk dekoder astro dan anda boleh rujuk di sini.

BL2V-10A

Cara untuk membuat 'software update' dekoder SMT-S5401/AST ialah seperti berikut:-

  1. putuskan bekalan elektrik kepada dekoder (padam suis pada adapter) dan tunggu kira-kira 15 saat.
  2. hidupkan semula suis adapter dan tekan butang 'power' berulang-ulang sehingga skrin di atas dan di bawah muncul.
  3. Tunggu sehingga proses 'software update' selesai.
BL1V-101

Anda boleh membuat proses 'software update' berulang kali dan saya telah membuat beberapa kali. Hanya dua versi yang berbeza muncul seperti dua gambar di atas.

Testing...

Setelah proses 'software update' selesai, dekoder akan 'reboot' sendiri dan seterusnya anda akan lihat urutan lampu indikator seperti berikut:-

  1. lampu merah menyala sekali
  2. lampu merah berkelip 2 kali berturut-turut
  3. lampu merah menyala tanpa berkelip dan seterusnya berkelip sekali lagi selepas itu.

Anda harus tunggu sehingga kesemua proses di atas selesai barulah menekan butang 'power' untuk menghidupkan dekoder. Lampu merah akan bertukar kepada lampu hijau dan skrin di atas akan muncul.

Jika dekoder anda baru dibekalkan arus elektrik, anda juga harus tunggu sehingga kesemua proses di atas selesai sebelum menekan butang 'power' untuk menonton siaran.

Kadang-kadang jika anda tekan butang 'power' terlalu awal sebelum proses di atas selesai, dekoder anda tidak akan berfungsi lagi. Anda perlu putuskan bekalan elektrik dan bekalkan semula elektrik kepada dekoder serta tunggu sehingga kesemua proses di atas selesai barulah menekan butang 'power' untuk terus menonton.

Tested - ok

Dekoder di atas boleh digunakan semula dengan hanya membuat 'software update' sahaja.

Selamat mencuba...

1 comment:

  1. Dah try byk kali mmg x boleh... PM kwn no awak utk kes lampu merah berkelip2 model SMT-S5041/AST...

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.