Hari ini saya kongsikan cara membuat 'mini tesla coil' yang ditemui oleh Nikola Tesla sebelum arus ulang alik (AC) diperkenalkan serta digunakan secara meluas di pelusuk dunia selepas itu.
Schematic... |
Konsepnya hampir sama seperti pengecasan tanpa wayar yang pernah saya buat sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini. Gambar di atas merupakan ringkasan schematic yang telah saya lakarkan dan gambar di bawah menunjukkan keadaan sebenar setelah kesemuanya telah siap di pasang.
Siap dibina... |
Komponen yang diperlukan ialah:-
- Sebiji bateri 9v
- Sebiji perintang 47kΩ
- Sebiji transistor NPN (BC546)
- wayar tembaga bersalut (enameled copper wire)
- Sebatang paip plastik berdiameter kira-kira 3cm
Testing... |
Cara membuatnya ialah:-
- Primary coil - lilitkan wayar tembaga bersalut pada paip plastik sebanyak 300 lilitan.
- Secondary coil - buat 3 lilitan menggunakan wayar pada bahagian bawah 'primary coil'.
- Sambungkan perintang 47kΩ ke terminal base (B) pada transistor BC546
- Sambungkan wayar 'secondary coil' kepada terminal collector (C) serta perintang pada terimal base (B).
- Sambungkan wayar tembaga bersalut pada bahagian bawah 'primari coil' di antara perintang dan terminal base (B) transistor.
- Sambungkan terminal negatif (-ve) bateri terus kepada terminal emitter (E) pada transistor dan terminal positif (+ve) bateri bersama dengan salah satu wayar 'secondary coil' pada perintang.
Testing... |
Setelah siap pemasangan di atas, tesla anda telah siap dibina dan boleh diuji dengan mendekatkan lampu fluorescent kepadanya seperti boleh ditonoton pada gambar di bawah.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.