Semalam saya telah diberitahu oleh majikan kedai makan yang saya kunjungi setiap hari bahawa mereka tidak beroperasi hari ini untuk menjalani kerja-kerja sanitasi.
Menurutnya, kedai mereka telah dikunjungi oleh seseorang yang positif CoVid-19 10 hari yang lepas dan hanya diketahui setelah terbaca kenyataan KKM Sarawak semalam di sini.
Kenyataan media 27/01/2021 |
Beliau
juga memberitahu saya bahawa selama 10 hari yang lepas, tiada mana-mana
pihak berwajib yang memberitahu mereka mengenainya.
Saya merupakan pengunjung tetap setiap hari untuk makan malam setelah pulang kerja sebelum balik ke rumah. Rutin perjalanan harian saya selama PKP/PKPB/PKPP ialah bangun pagi, turun kerja, makan malam & balik rumah selain seminggu sekali membeli barangan keperluan mingguan.
Rutin yang terhad ini juga boleh menjadi salah seorang kontak rapat dan setakat hari ini tiada sebarang gejala positif CoVid-19 ada pada saya sejak bermulanya PKP pada tahun lepas.
Saya yakin dalam masa terdekat ini tiada pihak berwajib yang akan memanggil saya untuk menjalani saringan CoVid-19 melainkan saya bergejala dan melawat mana-mana pusat perubatan untuk berubat.
Dari contoh di atas, saya
berpendapat negara kita kini berhadapan dengan situasi di luar kawalan
(out of control) sebab banyak kontak rapat tidak disaring serta tidak
diasingkan/kuarantin dan mereka ini masih lagi bebas bergerak ke sana
sini.
Bayangkan sahaja, seseorang yang positif CoVid-19 hanya diketahui setelah 10 hari dan dalam 10 hari tersebut mereka telah pergi ke merata tempat. Bagaimana pula dengan kontak rapat mereka yang mungkin juga terjangkit dan juga bebas bergerak ke sana sini sambil menjangkiti orang lain tanpa diketahui.
Kedai makan yang dikunjungi positif CoVid-19 pula hanya mengetahuinya setelah 10 hari dan hanya membuat kerja-kerja sanitasi pada hari ke-11 dengan harga kira-kira RM3,000.00 tanpa bantuan/subsidi. Itu pun atas inisiatif pemilik kedai sendiri tanpa disuruh oleh mana-mana pihak berkuasa.
Jika kedai yang sama dikunjungi lagi oleh beberapa orang yang positif CoVid-19 dalam masa terdekat, saya jangka banyak kedai akan gulung tikar sebab bangkrap bayar kos sanitasi.
Bayangkan jika ada yang positif CoVid-19 tanpa disedari yang hanya berjalan-jalan dihujung minggu untuk 'window shopping' di gedung pusat membeli-belah tanpa ada sebarang rekod 'mysejahtera', berapa ramai yang telah dijangkiti yang merupakan kontak rapat tanpa ada rekod?
Kes yang naik mendadak kebelakangan ini adalah disebabkan KKM menggunakan kaedah 'targeted approach' dan bayangkan saja berapa ramai yang telah positif tanpa bergejala di komuniti jika seseorang yang positif hanya diketahui setelah 10 hari?
Saya berpendapat penyakit ada di mana-mana pada bila-bila masa. Kita semua terdedah dan tahapnya berbeza mengikut antibodi masing-masing. Mereka yang mengamalkan kehidupan sihat serta kuat antibodi akan berjaya melawan dan mereka yang menmpunyai 'comorbidity' akan tewas lebih awal.
Kitaran hidup manusia di muka bumi ini ialah 'lahir, tua, sakit & mati'. Tidak semua yang akan melalui kitaran lengkap tersebut berikutan kecelakaan dipertengahan jalan.
Apa-apa pun, renungkan apa yang telah saya kongsikan di atas. Kita harus bersama-sama menangani pandemik CoVid-19 yang melanda dunia kini dengan mematuhi segala arahan MKN serta KKM dari masa ke semasa walaupun telah 'OUT OF CONTROL'...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.