Sunday 8 October 2023

PFS-300 impulse sealer repair

Sebelum ini saya pernah dirujuk 'impulse sealer' seperti ini untuk dibaiki dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

PFS-300 impulse sealer

Menurut pemilik, masalahnya ialah ianya boleh dihidupkan, boleh berfungsi namun terlalu panas sehingga plastik putus sewaktu menggunakannya untuk membungkus barangan.

Model: PFS-300

Sewaktu saya mengujinya, elemen pemanas menjadi merah menyala dan lampu indikator tidak padam walaupun pelaras masa/suhu pada kedudukan minima.

Pelaras masa/suhu...

Saya mengesyaki potentiometer (pelaras suhu/masa) rosak yang mengakibatkan suhu/masa gagal dikawal.

Buka bahagian pelaras masa/suhu...

Gambar di atas dan di bawah adalah keadaan bahagian pelaras telah saya buka dan tiada komponen pada papan yang rosak ditemui.

PCB...

Seterusnya saya buka papan litar untuk membuat pemeriksaan pada potentiometer (pelaras).

Potentiometer rosak...

Potentiometer disahkan rosak dan ratingnya ialah 220kΩ seperti boleh dilihat pada labelnya (B220k).

Gantikan potentiometer baru...

Masalah selesai dan ianya berjaya diselamatkan dengan hanya menggantikan potentiometer sahaja. Nombor rujukan jenis potentiometer yang digunakan ialah WH148.

B220K = 220kΩ

Klip video di bawah saya rakam sewaktu mengujinya setelah potentiometer telah saya gantikan dengan yang baru.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.