Sunday, 1 October 2023

Harga beras import naik mendadak?

Awal bulan lepas saya telah membeli sekampit beras import 10kg Super Vietnam dengan harga RM27.90 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Umum tahu baru-baru ini harga beras import kini mengalami kenaikkan mendadak berikutan India telah menghentikan export berasnya mulai julai tahun ini.

Semalam saya telah mengunjungi pasaraya untuk mengetahui harga terkini beras namun tidak menemui beras dengan bungkusan sama seperti yang dibeli awal bulan lepas untuk dibuat perbandingan.

Gambar di atas ialah harga terkini beras import yang sempat saya rakam dan sememangnya telah naik mendadak atau sangat mahal berbanding beras tempatan.

India menyumbang hampir 40% beras pasaran global dan kesannya amat besar jika gagal terus menyumbang dengan menghentikan eksport berasnya.

Negara kita juga tidak kurang dengan pelbagai jenis beras yang bermutu malah ada jelapang padi sendiri namun kenapa masih perlu mengimport beras? Adakah hasil keluaran beras tempatan masih tidak mencukupi untuk kegunaan rakyat sendiri?

Saya berpendapat senario kekurangan bekalan beras kali ini serupa dengan kekurangan bekalan telur tidak lama dahulu yang berakhir dengan harga telur kini mencecah RM20 sepapan berbanding sebelumnya cuma kira-kira RM12 sepapan. Ceritanya pernah saya kongsikan di sini dan negara kita juga mengimport telur dari India untuk menampung kekurangan bekalan telur di pasaran ketika itu.

Begitu juga halnya dengan harga minyak masak serta bawang yang juga melambung awal tahun ini juga berikutan kekurangan bekalan di pasaran tempatan.

Jika harga bawang mahal boleh diterima sebab negara kita tidak menanam bawang sendiri namun kenaikan harga minyak masak tidak dapat diterima sebab negara kita adalah pengeluar malah penyumbang global.

As at 29/09/2023

Kadar pertukaran matawang kita kini telah merosat sehingga mencecah 4.70 berbanding dollar amerika dan merupakan penyumbang utama kenaikan harga yang melibatkan barangan import.

Apa agaknya keperluan asas lain yang bakal mengalami senario sama selepas ini? Mungkinkah gula, tepung gandun atau tarif air/elektrik serta petrol/diesel? Yang pasti harga barangan yang telah melambung tidak akan kembali/turun ke harga asal lagi.

Jangan lupa satu hari kelak kita akan bersara dan adakah wang simpanan termasuk KWSP mencukupi untuk menempuhi hari-hari persaraan?

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.