Wednesday 11 October 2023

Milwaukee charger cut-off due to battery overcharged

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah pengecas serta sebiji bateri berjenama Milwaukee model M12 dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Pengecas boleh berfungsi semula setelah bekalan elektrik diputuskan serta dibiarkan kira-kira 10 minit. Saya telah menguji pengecas tersebut dengan bateri lain dan tiada masalah 'cut-off' berulang. Jadi, masalahnya ialah pada bateri dan bukan pengecas.

4.382v (>4.2v)

Gambar-gambar di atas dan di bawah adalah 3 bacaan voltan yang saya dapat pada bateri di dalamnya iaitu 4.382V, 3.640V & 4.383V.

3.64v

Untuk pengetahuan semua, voltan maxima bateri lithium ialah 4.2V sahaja sewaktu penuh dicas dan biasanya akan turun kepada kira-kira 4.10V.

4.383v (>4.2v)

Jadi, 4.38V telah melebihi had bateri lithium yang normal (max 4.2V) dan menjadi punca pengecas cut-off.

Buang cas...

Sebagai percubaan, saya telah buang cas bateri yang bacaannya 4.38V sehingga kira-kira 3.9v dengan menyambungkan sebiji mentol seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Mentol lampu kereta (60/55W, 12v)

Dalam masa yang sama saya cas bateri yang bacaannya cuma 3.6V sehingga 3.9v supaya ketiga-tiga bacaannya seimbang.

Tested - ok

Seterusnya saya cas semula bateri dengan menggunakan pengecas asal M12-18C dan bacaan setiap bateri ialah 4.108V sahaja setelah penuh dicas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

4.108V

Saya tidak pasti kenapa bateri tersebut boleh terlebih cas namun masalah selesai setelah cas berlebihan dibuang (discharge) sehingga semua voltannya seimbang sebelum dicas semula hingga penuh menggunakan pengecas asal.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.