Thursday 10 November 2022

Fuse markings (F or T)

Fius merupakan satu komponen yang penting pada peralatan elektrik serta elektronik untuk keselamatan. Fungsi utama fius ialah untuk mengawal arus elektrik berlebihan dengan cara memutuskan litar jika melebihi kemampuannya.

Terdapat bermacam-macam jenis fius dijual di pasaran dan hari ini saya kongsikan dua jenis fius yang sering terlepas pandang oleh orang ramai ketika menggantikannya dengan yang baharu.

Dua jenis fius yang paling banyak digunakan dilabel dengan 'F' (fast) dan 'T' (timed) pada fius seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Perbezaan fius yang dilabel dengan F & T ialah tempoh yang diperlukan untuk fius putus jika arus elektrik mengalir melaluinya melebihi kemampuannya atau liar pintas. Fius jenis F akan putus serta merta dan fius jenis T mengambil masa sedikit lebih lama untuk putus berbanding fius jenis F.

Fius jenis F majoriti digunakan pada papan litar untuk mengelak kerosakkan teruk jika ada komponen tertentu bermasalah.

Fius jenis T pula majoriti digunakan pada plug 3-pin (plugtop) serta fius utama pada papan litar sebab sewaktu peralatan elektrik/elektronik baru dihidupkan, ianya memerlukan arus elektrik yang sedikit lebih tinggi untuk memulakan operasi.

Fuse markings

Pastikan anda gantikan fius yang putus dengan 'rating' yang sama dan kesilapan yang sering dilakukan ialah menggantikan fius 'Time delay' dengan fius 'fast acting' dan sebaliknya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.


 Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.