Wednesday 2 November 2022

Baiki dekoder ASTRO DS830NA

Dekoder Astro ini pernah dirujuk kepada saya 3 tahun yang lalu dan anda boleh rujuk di sini.

dua LED sahaja menyala...

Masalah kali ini juga sama dengan 3 tahun yang lalu iaitu berhenti selepas dua biji LED merah menyala seperti boleh dilihat pada gambar di atas apabila diuji.

voltan 5v tinggi...

Pemeriksaan awal mendapati voltan untuk 5v pada inductor sangat tinggi iaitu 5.5v seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor yang rosak...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati dua biji kapasitor rosak seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kapasitor 1000uf, 6.3v rosak...

Gambar di atas dan di bawah adalah bacaan untuk kapasitor yang rosak dan telah saya gantikan dengan yang baharu.

Kapasitor 470uf, 10v rosak...

Dekoder ini sekali lagi berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula. Untuk makluman semua, pemilik memberitahu saya masalahnya ialah imej video pada layar kaku setelah beberapa ketika dihidupkan.

Tested - ok

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.