Tuesday 8 November 2022

Ruster E75S4P chocolate fountain repair

'Chocolate fountain' ini pernah dirujuk kepada saya untuk dibaiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Hari ini ianya dirujuk semula kepada saya dengan masalah seperti boleh ditonton pada klip video di atas iaitu motornya gagal berpusing apabila suis dihidupkan namun ada bunyi getaran kedengaran seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Ruster E75S4P - 100W

Pemilik hanya memberitahu saya ianya tidak berfungsi sahaja. Benda pertama yang saya periksa ialah fius pada plugtop dan ianya tidak putus namun telah bertukar kepada 13A.

Mengikut rekod lepas, fius asalnya cuma 3A sahaja. Penutup fius juga tiada lagi seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Fius telah ditukar ke 13A...

Setelah dibuka dan diperiksa, motor bebas berpusing bila ditolak dengan tangan namun gagal berpusing jika dibekalkan arus elektrik.

Setelah penutup bawah dibuka...

Masalah sedemikian biasanya adalah disebabkan 'bush' pengandar motor telah haus dan bahagian rotor menyentuh bahagian stator akibat ditarik oleh daya magnet yang dihasilkan oleh stator apabila dibekalkan elektrik.

Buka bahagian bawah motor...

Setelah bahagian bawah pengandar motor saya buka, masalah dijumpai seperti boleh dilihat pada gambar di bawah iaitu penutup 'bush' telah tanggal.

Penutup 'bush' tanggal...

Cara untuk membaiki masalah sedemikian ialah ketuk sedikit bahagian tepi penutupnya dan pasang kembali ke kedudukan asal. Gambar di bawah saya rakam setelah penutupnya telah saya pasang kembali.

Pasang kembali penutupnya...

Kali ini saya berjaya membaiki 'chocolate fountain' ini hanya dengan membetulkan penutup bearing serta gantikan fius kepada 3A semula.

Nasihat saya kepada para DIY ialah, pastikan fius yang putus digantikan dengan 'rating' yang sama dan bukannya sekadar 'asal ada' seperti di atas.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.