Sebelum ini saya pernah kongsikan masalah siling berkulat serta bocor pada rumah saya dan anda boleh rujuk di sini.
Tompok hitam pada siling... |
Kali ini tompok hitam pula kelihatan pada siling tingkat atas seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Tahi burung di atas siling... |
Saya terkejut apabila mendapati banyak tahi burung di atas siling seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Buka atap... |
Saya buka atap serta panjat keluar bumbung rumah untuk membuat pemeriksaan dan mendapati sekeping atap penutup pada bahagian hujung bumbung telah hilang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah
Sekeping bumbung telah hilang... |
Selain kehilangan sekeping atap bumbung, saya juga dapati sekeping lagi atap tidak bersambung serta menjadi punca kebocoran air.
Gantikan kepingan bumbung yang baru... |
Saya gantikan kepingan atap bumbung yang hilang dan pasang kembali sekeping yang tidak bersambung ke kedudukan sepatutnya agar tidak bocor lagi.
Bumbung jiran... |
Persoalannya ialah kenapa kepingan atap bumbung tersebut boleh hilang? Saya juga dapati bumbung jiran sebelah kiri pula ada dua kepingan atap tambahan pada lokasi sama seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Mungkinkah ianya telah dicuri jiran?
Sebungkus tahi burung diambil dari atas siling... |
Gambar di atas ialah jumlah tahi burung tergumpul yang telah berjaya saya keluarkan dari atas siling sewaktu membersihkannya.
Atap bumbung yang telah dipasang kembali... |
Saya tidak pasti bila kepingan atap bumbung tersebut telah hilang sejak menghuni di situ dari tahun 2005.
Kerja memasang atap yang hilang di atas saya lakukan pada 22/09/2023 kira-kira pukul 1p.m. Tiada burung kelihatan dan lokasi najis burung ialah di bahagian bawah kepingan atap bumbung yang tidak bersambung.
Kepingan bumbung yang baru... |
Terdapat beberapa persoalan yang masih belum terjawab setakat ini iaitu:-
- Bagaimana dan dari mana burung boleh masuk ke dalam bumbung rumah saya?
- Berapa banyak burung yang masuk ke bumbung rumah saya sehingga mampu menghasilkan sebegitu banyak najis?
- Sejak bila burung mulai menghuni bumbung rumah saya?
- Kenapa burung memilih rumah saya dan bertenggek serta 'melepas' pada satu sudut bumbung sahaja?
- Mungkinkah kepingan bumbung asal telah hilang ditiup ribut atau dicuri jiran?
- Mungkinkah ianya bukan najis burung? (Kelihatan serupa najis tikus)
- Jika najis tikus, mungkinkah ianya lokasi tandas tikus?
Fikir-fikirkan...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.