Hujung bulan lepas ada seekor kucing sarat mengandung tiba-tiba muncul di rumah saya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Kucing tersebut bermalam di tempat letak kereta depan rumah saya dan akan lari bila terlihat saya setiap pagi.
Saya cuba menghampirinya secara senyap-senyap seminggu selepas itu dan berjaya menjinakkannya tanpa disedari.
Sejak hari itu saya biarkan kucing mengandung ini masuk ke rumah saya. Saya perasan setiap kali masuk ke rumah, ia akan memerhati semua pelusuk rumah sebelum tidur selepas itu.
Saya pasti kucing ini sedang mencari sarang untuk melahirkan anaknya. Satu hari tanpa disedari kucing masih berada di dalam rumah saya dan terkurung semalaman.
Membuang najis di bilik mandi... |
Sewaktu bangun tidur pagi, saya terhidu bau najis kucing dalam rumah dan ianya berada di dalam bilik mandi seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Memandangkan kucing ini bijak, saya berhajat memeliharanya dengan memberinya makanan kucing yang dibeli.
Setahu saya kucing menangkap tikus sebagai makanan namun saya tidak pasti apa makanannya selama ini. Cara paling mudah ialah mencuba makanan kucing dan kesemuanya dimakan tanpa masalah.
Selain makanan, saya juga sediakan air dan diisi atau ditukar dari masa ke semasa.
Dalam masa yang sama, saya telah sediakan sebuah kotak yang dialas surat khabar serta kain sebagai persediaannya untuk bersalin.
Malam semalam sebelum tidur saya dapati kain serta surat khabar di dalam kotak telah diselongkar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Awal pagi ini kira-kira pukul 1am, saya dikejutkan dari tidur apabila terdengar bunyi cakar kucing pada kotak dan masa bersalin telah tiba.
Ibu kucing ini berjaya melahirkan 3 ekor anak kucing dengan warna berbeza seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Berikut adalah waktu kelahiran anak-anak kucing:-
- 1:20am (oren)
- 1:47am (putih)
- 2.36am (hitam)
Saya sempat membantu ibu kucing sewaktu melahirkan anak pertama & kedua dengan membantu memotong tali pusat seperti boleh ditonton pada klip video di atas.
Untuk makluman semua, ibu kucing akan memakan uri (kantung anak) setelah kelahiran sehingga tali pusat dan saya membantu dengan memotongnya sebab ibu kucing telah lama mengunyah namun tak putus.
Sehingga blog ini ditulis, kesemua ibu dan anak-anak kucing sihat dan menyusukan anak-anaknya.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.