Monday, 27 November 2023

Milwaukee M18 CAG100X angle grinder repair

'Angle grinder' berjenama Milwaukee, model CAG100X ini telah lama dirujuk kepada saya untuk dibaiki namun tiada alat gantinya di pasaran tempatan.

Milwaukee M18 CAG100X angle grinder

'Power tool' ini boleh berfungsi sewaktu diuji dan masalahnya ialah tidak dapat menukar mata pemotongnya.

Model: M18 CAG100X

Penahan untuk membuka mata pemotong hilang sebab telah pecah seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Pecah...

'Gearcase assembly' yang pecah tidak dapat dibaiki dan perlu ditukar. Gambar di bawah adalah alat gantinya yang baru diterima dari pihak pengedar (supplier).

Alat ganti baru (gearcase assembly)

Gambar-gambar berikut adalah cara-cara menukar 'gearcase assembly' bermula dengan membuka dari bahagian motornya.

Buka motor...

Seterusnya buka bahagian pemegang mata pemotong dengan membuka 4 biji skrunya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Buka nut untuk keluarkan magnet...

Sebiji 'nut' di dalamnya perlu dibuka terlebih dahulu untuk mengeluarkan sebiji gear dan seterusnya bahagian rotor boleh dikeluarkan bersama seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Keluarkan gear setelah nut dibuka...

Pastikan bahagian dalam dilumurkan dengan minyak gris setelah rotor dan gear dipasang kembali ke 'gearcase assembly' yang baru.

Keluarkan rotor...

Klip video di bawah saya rakam setelah siap menukar 'gearcase assembly' yang baru dan pastikan ianya bebas berpusing sebelum dipasang kembali semula ke bahagian motor.

Masalah 'angle grinder' ini berjaya diselesaikan dengan menukarkan 'gearcase assembly' sahaja.

Siap...

Saya tidak pasti kenapa dan bagaimana 'gearcase assembly' asal pecah namun yang pasti ianya tidak dapati dibaiki dan harus ditukar sebab diperbuat daripada 'alloy'.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.