Monday 13 November 2023

Electrolux EMG23K22B microwave oven

Baru-baru ini saya dipanggil untuk periksa/baiki microwave oven berjenama Electrolux, model EMG23K22B dengan masalah percikan api sewaktu digunakan.

Electrolux EMG23K22B

Microwave dengan masalah percikan api pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini, sini dan sini.


Sewaktu saya mengujinya, tiada percikan kelihatan jika menggunakan fungsi oven. Percikan api hanya kelihatan apabila menggunakan fungsi microwave seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Ada kesan terbakar...

Percikan api yang kelihatan cuma sedikit sahaja berbanding dengan pengalaman lepas di mana bunyi dari percikan api juga kedengaran. Gambar di atas ialah kerosakkan yang ditemui pada bahagian bawah piring yang berputar di dalamnya.

Turntable coupler lebur...

Tiada kerosakkan lain ditemui selain 'turntable coupler' serta kesan terbakar sahaja. Jadi saya gantikan 'turntable coupler' sahaja dan masalah selesai serta percikan api tidak berlaku lagi.

Turntable coupler yang baru...

Menurut pemilik, microwave oven tersebut baru dibeli dan cuma sebulan digunakan. Saya juga diberitahu ianya diberi jaminan (warranty) setahun oleh pihak pengeluar.

Memandangkan ianya masih dalam tempoh jaminan (warranty), saya cadangkan kepada pemilik agar membuat aduan serta membuat tuntutan jaminan daripada pengeluar/penjual.

Warranty?

Untuk pengetahuan semua, penjual enggan menggantikan microwave oven yang baru dan cuma menukat 'coupler' sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas dengan alasan pemilik menggunakan objek logam dalam microwave.

Saya pernah kongsikan sebuah microwave berjenama SHARP yang piring di dalamnya diperbuat daripada logam dan anda boleh rujuk di sini. Jadi, adakah alasan penjual menggunakan objek logam dalam microwave menjadi punca kerosakkan dalam kes ini boleh diterima?

Untuk rekod, pemilik microwave tersebut ialah tukang masak dengan pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang masakan barat (western food). Mungkinkah beliau tidak tahu apa yang tidak boleh dimasukkan dalam microwave?

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.