Monday 2 May 2022

SHARP R-888F double grill microwave oven repair

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah ketuhar mikro berjenama SHARP model: R-888F dengan masalah boleh dihidupkan namun tidak panas.

SHARP R-888F

Banyak microwave telah berjaya saya baiki dan untuk pengetahuan semua, microwave ini adalah antara yang terawal berada di pasaran dan ianya dari kilang di Jepun.

Model: R-888F

Majoriti microwave yang ada di pasaran kini bukan dikilangkan di Jepun dan kualitinya tidak setanding serta berbeza dengan yang dikilangkan di Jepun.

JAPAN

Percaya atau tidak, piring di dalamnya diperbuat daripada logam seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Piring logam...

Ianya juga lebih berat daripada microwave sekarang. Microwave terbaru sekarang yang menggunakan teknologi inverter jauh lebih ringan sebab tidak lagi menggunakan transformer.

Setelah penutup belakang dibuka...

Microwave ini telah dirujuk kepada jurutenik lain sebelum menemui saya dan menurut pemilik, dia diberitahu transformer telah rosak sebab voltan sangat tinggi.

HV = High Voltage

Sepanjang saya membaiki microwave sehingga hari ini, cuma dua buah microwave sahaja yang rosak transformer dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

HV capacitor (1.07uF)

Pemeriksaan menyeluruh mendapati hanya HV capacitor sahaja yang rosak seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Litar pintas pada HV capacitor

Ini juga merupakan pengalaman pertama saya yang HV fuse masih elok walaupun kapasitornya rosak. Itu lah kualiti yang saya maksudkan di atas.

Gantikan HV capacitor baharu...

Microwave ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula dengan hanya menggantikan sebiji HV capacitor sahaja.

Keterangan lanjut untuk cara-cara memeriksa (troubleshooting) boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.