Tuesday 3 May 2022

TV LED LG 43LH500T ada suara tetapi tiada gambar

TV berjenama LG model 43LH500T ini telah dua minggu dirujuk kepada saya dan saya cuma ada masa terluang ketika di hujung minggu serta cuti kelepasan am sahaja.

LG 43LH500T

Menurut pemilik, masalahnya ialah, ada suara namun tiada gambar pada skrin TV.

Model: 43LH500T

Klip video di bawah menunjukkan keadaan TV ketika saya mengujinya dan ianya boleh dihidupkan namun paparan skrin bertukar menjadi putih.


Selain daripada itu, satu tompokan hitam serta garis menegak berwarna hitam juga kelihatan pada bahagian tengah TV seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Skrin retak...

Untuk pengetahuan anda, skrin TV ini sebenarnya telah retak atau pecah.

Retak/pecah...

Skrin yang pecah tidak dapat dibaiki dan hanya boleh ditukar dengan skrin yang baharu sahaja. Ianya tidak berbaloi untuk ditukar sebab kos skrin yang baharu boleh mencecah hingga 70% harga sebuah TV yang baharu.

Jadi, satu-satunya jalan penyelesaian yang terbaik pada pandangan saya jika skrin TV retak ialah beli TV yang baharu.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.