Friday, 3 November 2023

Maxis/Hotlink mencuri kredit pelanggan

Hujung bulan lepas pada 30/10/2023 saya menerima sms dari pihak maxis/hotlink yang memotong kredit telefon sebab menggunakan 'internet pay per use' seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

sms - 30/10/2023 & 31/10/2023

Untuk pengetahuan semua, saya telah lama perasan kredit telefon saya sering berkurangan dari masa ke semasa namun dibiarkan sahaja sebab kehilangan hanya beberapa sen sahaja.

Penyata bulan oktober

Setelah menerima sms yang mengatakan saya telah dicas RM10, saya muat turun aplikasi Hotlink dan periksa penyata seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas.

Penyata bulan September

Gambar tangkap layar di atas dan bawah pula ialah penyata bulan September serta bulan ogos dan itu sahaja yang ada dalam rekod yang saya dapat.

Penyata bulan ogos

Dari apa yang boleh dilihat pada penyata di atas, apa yang saya perasan selama ini melibatkan kehilangan beberapa sen setiap bulan itu benar.

Untuk makluman semua, telefon saya dilengkapi dua kad sim dan kedua-duanya digunakan. Sim 1 ialah Digi dan sim 2 pula untuk Maxis. Data internet hanya pada Digi dan Maxis saya masih simpan sebab banyak transaksi atas talian saya didaftar menggunakannya seperti perbankan internet, KWSP, MyASNB, income tax dan sebagainya.

Aduan saya kepada Maxis di talian whatsapp tidak diterima dan menurut mereka, saya memang ada menggunakan khidmat internet.

Logik saya sangat mudah, saya tidak melanggan internet mereka dan tidak layak menggunakannya melainkan ada persetujuan daripada saya. Tetapan pada telefon pun tak pernah 'on' untuk penggunaan data. Mungkinkah menerima panggilan serta sms memerlukan data internet?

Lapor kepada MCMC

Oleh kerana aduan saya tidak mendapat penyelesaian, seterusnya saya lapor kepada MCMC pada hari berikutnya (31/10/2023).

Selesai...

Laporan saya mendapat penyelesaian apabila pihak Maxis telah menelefon saya dan bersetuju mengembalikan sebanyak RM20.22 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

RM20.22

Saya tidak pasti sejak bila 'internet pay per use' ini dikenakan tanpa pengetahuan namun mereka cuma mengembalikan berdasarkan bukti penyata yang ada.

Sub Category - scam

Untuk makluman, talian maxis saya ialah pra bayar (prepaid) dan tidak ada sebarang penyata dihantar kepada kita setiap bulan. 3 bulan penyata yang saya ada di muat turun dari aplikasi hotlink.

Walaupun jumlah yang dipotong untuk 'internet pay per use' tidak banyak namun jika ini berlaku pada kesemua pelanggannya, ianya melibatkan jumlah kecurian kredit yang sangat banyak. Jadi, memang patut pihak MCMC ketegorikan aduan saya sebagai 'scam' seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Mulai sekarang, setiap bulan saya akan periksa serta cetak penyata melalui aplikasi hotlink dan jika kecurian masih berlaku, saya akan buat aduan semula kepada MCMC walaupun hanya beberapa sen sahaja. Bagi saya, ini pencuri yang berlesen dan dilakukan tanpa pengetahuan orang ramai secara senyap-senyap.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.