Hari ini saya kongsikan pengalaman dirujuk Milwaukee M12-18FC rapid charger dengan masalah tidak mengecas dan lampu indikator merah/hijau berkelip-kelip.
Milwaukee M12-18FC rapid charger |
Sewaktu di uji, apa yang berlaku setelah bateri dipasang kepada pengecas ialah lampu indikator merah pada pengecas menyala dan lampu indikator bateri juga menyala.
Setelah dibuka... |
Namun selepas beberapa saat bateri dipasang pada pengecas, lampu indikator pada bateri padam dan lampu indikator merah pada pengecas berkelip-kelip warna merah/hijau berselang seli seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.
Masalah sedemikian berkemungkinan disebabkan kerosakkan bateri atau pengecas. Memandangkan bateri boleh dicas dengan menggunakan pengecas yang lain, masalah kali ini adalah pada pengecas
Fius F1 putus... |
Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui sebiji fius dengan label F1 pada papan litar putus.
Fius - 10A |
Rating fius tersebut ialah 10A seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gantikan fius baru... |
Pengecas ini berjaya diselamatkan dengan menggantikan sebiji fius dengan rating 10A sahaja.
Testing - charging |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.