Friday 10 March 2023

Mentega Terbang

Cerita berjudul Mentega Terbang ini mulai ditayangkan menerusi platform penstriman dalam talian mulai 19/01/2023 di laman Viu di sini.

Baru-baru ini cerita tersebut telah dipadamkan di laman Viu namun saya telah menemui satu lagi pautan yang masih menayangkannya di sini.

Kini ianya juga boleh ditonton di sini dan sini.

Saya tidak pasti kenapa tajuk Mentega Terbang dipilih namun jika dialih bahasa secara terus (direct translate) kepada bahasa inggeris ianya seolah-olah 'Butter Fly'. Mungkinkah ianya berasal dari perkataan 'butterfly'?

Cerita ini berkisarkan seorang anak dari keluarga yang beragama islam ingin mengetahui kehidupan selepas manusia meninggalkan dunia dengan mendalami teologi agama-agama utama lain.

Menteri komunikasi dan multimedia telah memberitahu umum bahawa filem tersebut telah ditayangkan sejak tahun 2021 lagi namun kini disensasikan oleh pihak tertentu untuk kepetingan politik semasa.

Saya sependapat dengan kenyataan menteri komunikasi dan multimedia bahawa ianya disensasikan untuk kepentingan tertentu.

Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan beragama namun ianya langsung tidak 'bebas' kepada penganut yang beragama islam di negara kita.

Isu melibatkan agama dan kaum sangat sensitif di negara kita dan paling murah untuk dijadikan isu serta sering digunakan oleh ahli politik untuk kepentingan masing-masing meraih sokongan.

Pertikaian pada filem ini oleh penganut islam ialah ianya bertentangan dengan ajaran mereka yang tidak 'bebas' beragama. Pihak yang beragama kristian pula mempertikan satu babak meminum air suci (holy water) sebab ianya bukan untuk diminum.

Apa pun, kita lihat bagaimana penguatkuasa menangani isu sensitif ini...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.