Thursday, 2 March 2023

Baiki dekoder ASTRO SZ1010C

Hari ini saya dirujuk sebuah dekoder astro model SZ1010C dengan masalah lampu indikator berwarna merah/hijau tidak menyala setelah dibekalkan arus elektrik 12v.

Dekoder ASTRO SZ1010C

Untuk makluman semua, dekoder model ini hanya dilengkapi dengan HDMI sahaja dan tiada terminal RCA.

Model: SZ1010C

Sebelum dibuka untuk diperiksa, saya sempat menguji dekoder tersebut dan masalahnya ialah lampu indikator pada adapter padam setelah disambungkan ke dekoder.

Setelah penutup dibuka...

Masalah sedemikian adalah disebabkan ada litar pintas pada papan litar dan biasanya melibatkan kapasitor seramik jenis SMD.

Litar pintas pada kapasitor...

Pemeriksaan menggunakan multimeter mendapati litar pintas tersebut ialah pada bahagian 12v dan sebiji kapasitor seramik ditemui mengalami litar pintas. Lokasi kapasitor tersebut telah saya tandakan pada gambar di atas.

Gantikan kapasitor baharu...

Masalah selesai dan dekoder ini telah berjaya diselamatkan setelah kapasitor yang rosak (litar pintas) telah saya gantikan dengan yang baharu dan ketika diukur dengan menggunakan multimeter, nilai kapasitan kapasitor tersebut ialah 11uF.

Kapasitor rosak (litar pintas)

Sebelum ini saya juga pernah kongsikan masalah serupa seperti di atas pada sebuah TV box dan anda boleh rujuk di sini.

Testing...

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Halo,请问要怎样联络你呢,我要修理decoder njoy

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.