Baru-baru ini saya dirujuk sebuah 'over current relay' dengan masalah sebiji lampu merah menyala dan berkelip-kelip apabila dibekalkan arus elektrik.
Mikro MK203A |
'Over current relay' yang elok sepatutnya lampu merah tidak menyala sewaktu arus elektrik dibekalkan dan hanya lampu hijau sahaja yang menyala.
Setelah penutup dibuka... |
Gambar di atas menunjukkan lampu merah & hijau menyala sewaktu dibekalkan arus elektrik. Lampu merah tersebut kadang-kadang berkelip-kelip.
Gantikan 2 biji kapasitor 47uf, 25v |
Pemeriksaan menyeluruh hanya menemui dua biji kapasitor aluminium dengan nilai 47uf, 25v didapati rosak.
High ESR - 0.15kΩ(150Ω) |
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan ESR kedua-dua kapasitor yang telah saya gantikan. Walaupun bacaan kapasitan normal ianya rosak sebab nilai ESR terlalu tinggi. Bacaan ESR yang baik ialah di bawah 1Ω.
High ESR - 0.15kΩ(150Ω) |
'Over current relay' ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menukarkan 2 biji kapasitor sahaja.
Test... |
Gambar di atas menunjukkan kesemua lampu menyala apabila butang 'test' di tekan dan hanya lampu hijau sahaja menyala setelah butang 'reset' ditekan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Reset... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.