Saya mula menderma darah pada tahun 2008 dan sehingga akhir tahun 2023 saya telah menderma sebanyak 21 kali.
Walaupun saya telah menderma sebanyak 21 kali namun rekod saya di aplikasi mysejahtera cuma 7 sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Saya telah membuat aduan kepada pihak mysejahtera melalui e-mail seperti diminta pada aplikasi namun tiada tindakan.
Hujung tahun lepas (2023) sewaktu menderma darah ke-21, saya telah mengadu masalah di atas kepada pihak pendaftar bank darah yang bertugas ketika itu.
Petugas meminta gambar kad pengenalan, buku rekod menderma darah serta gambar tangkap layar rekod mysejahtera sahaja untuk membantu mengemaskini rekod pada mysejahtera.
Hari berikutnya saya dapati rekod pada mysejahtera saya telah dikemaskini seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Gambar di atas adalah faedah sebagai penderma darah yang saya ambil dari aplikasi mysejahtera.
HB - 16 .3 (31/12/2023) |
Gambar di atas dan di bawah pula ialah pemeriksaan wajib yang harus lulus sebelum saya dibenarkan menderma darah ke-21 lepas.
BP - 121/82, HR - 65 (31/12/2023) |
Ketika program menderma darah baru bermula suatu ketika dahulu, penderma akan diberi sebotol stout serta telur rebus oleh hospital kerajaan setelah berjaya menderma darah. Dengar cerita ada yang mengatakan stout boleh 'tambah darah'.
Saya juga pernah mendengar cerita dari orang yang kerja mengangkat barang di jeti serta memindah barangan dari kontena mengatakan mereka setiap hari selepas kerja harus meminum stout. Jika tidak, hari berikutnya tidak bertenaga untuk kerja.
Majoriti kini diberi sijil serta sedikit buah tangan dari pihak penganjur seperti sekampit beras, boucher, roti, kuih dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.