Saturday 13 January 2024

Pangkalan Data Utama (PADU)

PADU adalah singkatan untuk pangkalan data utama yang telah dilancarkan pada 02/01/2024 oleh perdana menteri Dato Sri Anwar Ibrahim.

PADU dibangunkan untuk mendapatkan data penduduk di negara kita bagi menyalurkan bantuan subsidi secara bersasar yang bakal digunakan tidak lama lagi.

Orang ramai adalah disarankan untuk mendaftar terutamanya yang memerlukan bantuan subsidi. Pendaftaran akaun boleh dilakukan dalam talian di sini mulai 02/01/2023 sehingga 31/03/2023.

Jika anda rasa tidak memerlukan bantuan subsidi kerajaan apabila subsidi bersasar dikuatkuasa kelak, anda boleh abaikan atau tidak membuat pendaftaran pada sistem PADU.

Setelah pendaftaran berjaya, langkah seterusnya ialah melakukan pengesahan identiti melalui e-KYC.

Pengesahan e-KYC memerlukan gambar hadapan dan belakang kad pengenalan serta gambar 'selfie' pemohon sendiri dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja.

Pengesahan identiti melalui e-KYC saya gagal dua kali dan ianya dimaklumkan melalui sms seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Saya tidak pasti kenapa pengesahan identiti saya gagal pada mulanya namun ianya telah berjaya disahkan pada kali ke-3 dan gambar di bawah adalah statusnya.

Banyak masalah sistem PADU tidak dapat diakses sebab jumlah trafik yang tinggi terutamanya pada hari pertama dilancarkan.

Walaupun pengesahan identiti e-KYC telah berjaya dihantar namun pemohon masih tidak dapat menghantar permohonan dan harus menunggu makluman melalui sms seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Dapat sms pada 08/01/2023

Pengesahan e-KYC saya dihantar pada 2/1/2023 dan makluman melalui sms hanya diterima pada 8/1/2023.

Selepas menerima pengesahan identiti melalui sms, pastikan butiran lengkap diisi dan masuk ke bahagian perakuan. Tik petak seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah dan klik 'hantar perakuan'.

Keseluruhan proses dari pendaftaran sehingga permohonan lengkap dihantar mengambil masa 6 hari berdasarkan pengalaman saya di atas.

Sebenarnya 6 hari yang diperlukan adalah tempoh untuk mendapatkan pengesahan identiti e-KYC. Butiran atau maklumat pribadi boleh dilengkapkan dalam masa yang singkat sahaja.

Selesai...

Saya telah mendaftar, anda bila lagi?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.