Showing posts sorted by relevance for query abb key card switch. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query abb key card switch. Sort by date Show all posts

Monday, 26 July 2021

ABB Hotel Key Card Switch repair

Sebelum ini saya pernah membaiki 'key card switch' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

ABB key card switch/holder

Pagi ini saya dirujuk sebuah lagi 'key card switch' yang serupa dan pemilik mamberitahu saya masalahnya ialah lampu indikator tidak menyala.

Setelah dibuka...

Apabila saya uji, lampu indikator berwarna kuning memang tidak menyala namun ketika suis dihidupkan, bunyi 'tik' kedengaran iaitu relay telah dihidupkan walaupun tiada kad dimasukkan dan tak padam setelah sekian lama menunggu.

Buka lagi...

Lampu indikator berwarna kuning akan menyala dan relay tidak dihidupkan apabila dibekalkan elektrik untuk suis yang elok. Relay hanya akan dihidupkan setelah kad dimasukkan. Apabila kad dikeluarkan, lampu indikator akan menyala semula setelah 30 saat.

Sambungan pengesan (sensor) putus...

Setelah dibuka serta diperiksa, tiada komponen yang rosak ditemui. Saya berpendapat ini adalah masalah sensor dan pemeriksaan menyeluruh mendapati salah satu terminal sensor putus dan telah saya tandakan pada gambar di atas.

Bengkokkan pin dan pateri ke litar...

Oleh kerana bahagian yang putus ialah litar pada pinnya, saya bengkokkan pin dan sambungkan ke litar seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

'Key card switch' ini telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula setelah dengan hanya menyambungkan kembali salah satu litar ke terminal sensor yang putus di atas.

Selamat mencuba...

Monday, 22 January 2024

ABB Hotel Key Card Switch

Banyak 'key card switch' seperti ini telah saya baiki dan kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

ABB key card switch

Setiap peralatan elektrik yang telah saya baiki akan dilabel tarikhnya dan dari rekod pada gambar di bawah, 'key card switch' yang telah dibaiki boleh digunakan selama kira-kira 2 tahun.

01/11/2019 - 17/08/2021 - 23/05/2023

Majoriti masalah 'key card switch' ini ialah gagal berfungsi apabila kad dimasukkan dan kerosakkannya hanya pada sebiji kapasitor seramik sahaja dengan label 684J (680nf), 630v.

CBN22 - 684J (680nf)

Selamat berDIY...

Wednesday, 25 August 2021

ABB Hotel Key Card Switch repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan cara-cara membaiki 'key card switch' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini.

Lampu indikator malap...

Hari ini saya dirujuk benda yang serupa dan sebelum dibuka untuk diperiksa, saya uji 'key card switch' tersebut dan masalahnya ialah:-

  1. Lampu indikator malap
  2. Suis tidak berfungsi apabila kad dimasukkan
Setelah dibuka...

Pemeriksaan menyeluruh mendapati komponen yang rosak adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah iaitu:-

  1. sebiji lampu neon
  2. sebiji kapasitor 220uF, 16v
  3. sebiji kapasitor seramik 684J, 630v
Komponen yang rosak...

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan lampu neon yang rosak dengan lampu neon yang elok.

neon rosak vs neon elok

Lampu neon yang rosak adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Jika berwarna hitam, ianya masih boleh menyala namun malap dan jika berwarna putih, ianya langsung tidak menyala lagi.

Lampu neon yang rosak...

'Key card switch' ini berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Tested - ok

Selamat mencuba...

Saturday, 19 October 2019

ABB Hotel Key Card Switch (Hotel energy saving switch) repair

Hari ini saya dirujuk satu suis yang digunakan pada bilik hotel yang berjenama ABB dengan masalah lampu LED berwarna kuning/oren tidak menyala.

Key Card Switch/Holder

Fungsi suis tersebut ialah untuk menghidupkan semua bekalan elektrik kepada bilik hotel apabila kad dimasukkan ke dalamnya dan mampu menangani arus elektrik sehingga 16A.

Buka penutup luar...

Anda boleh melihat gambar-gambar di atas dan di bawah untuk cara-cara membukanya.

Buka pemegang card...

Keluarkan keseluruhan suis...

Buka bahagian papan litar...

Setelah papan litarnya dikeluarkan dan diperiksa menyeluruh, saya hanya menjumpai satu perintang yang berwarna kuning/oren/coklat/emas didapati putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang putus...

Nilai perintang dengan warna kuning/oren/coklat/emas ialah 430Ω, namun saya tidak menjumpainya di kedai eletronik dan nilai terdekat yang ada di pasaran ialah 470Ω. Penjual juga memberitahu saya bahawa sepanjang pengalaman beliau membaiki serta menjual perintang, beliau belum pernah menjumpai perintang dengan nilai 430Ω.

Kuning, Oren, Choklat, Gold = 430Ω

Jadi untuk kepastian, saya buka satu suis yang baru dan apabila saya mengukur perintang tersebut, nilainya ialah 67.4kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Perintang tersebut juga berwarna kuning/oren/coklat/emas.

lebih kurang 68Ω...

Pelik tapi benar, walaupun perintang dengan warna kuning/oren/coklat/emas mempunyai nilai 430Ω tetapi bila diukur dengan multimeter nilainya ialah 67.4kΩ.

Biru, kelabu, oren, gold = 68kΩ

Jadi dipendekkan cerita saya beli perintang 68kΩ (Biru/Kelabu/Oren/emas) dan setelah di pasang serta diuji, lampu LED tersebut kini kembali menyala.

Pasang perintang 68kΩ

Persoalan yang tidak mampu saya jawab ialah kenapa nilai perintang yang rosak itu tidak sepadan dengan warnanya? 430Ω dan 68000Ω (68kΩ) itu sangat jauh bezanya...

Testing

Berhati-hati ketika menukar komponen yang rosak, rujuk kepada schematic (jika ada) atau periksa pada komponen yang elok untuk kepastian.

Tested - ok

Pembetulan pada 02/11/2019, saya sekali lagi dirujuk benda yang sama dan perintang yang digunakan di atas ialah berwarna "Biru, oren, oren" iaitu 63kΩ dan bukannya "kuning, oren, coklat" seperti dinyatakan di atas. Saya tidak pasti kenapa warna yang dilabelkan di atas ialah "kuning, oren, coklat". Itu pun tiada nilai perintang 63kΩ dan nilai yang paling dekat ialah 68kΩ. Jadi pilihan saya di atas adalah tepat.

Selamat mencuba...

Wednesday, 9 June 2021

ABB Hotel Key Card Switch (Hotel energy saving switch) repair

Sebelum ini saya pernah membaiki suis seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Key Card Switch/Holder

Pagi ini saya dirujuk sebuah suis yang serupa namun dengan masalah yang berbeza iaitu suis tidak berfungsi apabila kad dimasukkan.

Kapasitor 220uF, 16v rosak...

Setelah dibuka dan diperiksa, sebiji kapasitor dengan nilai 220uF, 16v didapati rosak dan telah saya tandakan apada gambar di atas.

Litar pintas - 220uF, 16v (analog multimeter)

Untuk kepastian kapasitor tersebut harus dikeluarkan dari papan litar dan periksa dengan menggunakan multimeter seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.

Litar pintas - 220uF, 16v (digital multimeter)

Setelah kapasitor yang rosak di atas ditukar serta diuji, suis tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.

Siap...

Selamat mencuba...

Saturday, 23 October 2021

ABB Hotel Key Card Switch repair

Banyak 'key card switch' seperti ini telah saya baiki serta kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

Lampu indikator neon vs LED

Dalam banyak-banyak yang dibaiki, saya ada menemui dua versi yang berbeza pada lampu indikator. Model lama menggunakan lampu neon dan model yang baharu pula menggunakan lampu LED.

Papan litar yang digunakan adalah sama dan cuma berbeza pada jenis lampu indikator yang digunakan serta nilai rintangan perintang yang digunakan juga berbeza seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Perintang 68kΩ digunakan jika menggunakan lampu LED dan perintang 200kΩ pula digunakan jika menggunakan lampu neon.

Jadi jika lampu neon rosak dan anda berhajat menukarkan lampu neon dengan lampu LED, pastikan perintang yang saya labelkan pada gambar di atas juga ditukar kepada 200kΩ.

Selamat mencuba...

Monday, 16 August 2021

ABB Hotel Key Card Switch repair

Sebelum ini saya pernah baiki 'key card switch' seperti ini dan anda boleh rujuk di sini, sini, sini dan sini.

Baru-baru ini saya dirujuk 18 biji dan kesemuanya dengan masalah tidak berfungsi bila dimasukkan kad.

Rujuk kepada pautan di atas untuk cara-cara 'troubleshooting' serta membaikinya.

Salah sebiji masalahnya pelik sedikit seperti boleh ditonton pada klip video di atas. Ketika saya mengujinya, ianya boleh dihidupkan apabila dimasukkan kad namun tidak padam-padam setelah kad dikeluarkan.

Seterusnya saya padamkan bekalan elektrik dan dihidupkan semula dan lampu indikator tidak menyala seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Setelah dibuka dan diperiksa menyeluruh, tiada komponen yang rosak ditemui namun sensor kelihatan tidak rapat pada papan litar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Apa yang saya lakukan ialah buang paterinya dan rapatkan sensor ke papan litar. Setelah dipateri semula serta diuji, masalah selesai dan telah berjaya diselamatkan seperti boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat mencuba...

Thursday, 31 October 2019

ABB Hotel Key Card Switch (Hotel energy saving switch) repair

Sebelum ini saya ada membaiki suis seperti ini dengan masalah lampu indikator berwarna oren/kuning tidak menyala dan anda boleh membacanya di sini.

kapasitor 684J perlu diganti...

Kali ini masalahnya ialah suisnya tidak berfungsi walaupun kad kunci telah dimasukkan.

cuma 47nF sahaja...

Pemeriksaan menyeluruh menjumpai sebiji kapasitor seramik dengan nombor rujukan 684J perlu diganti. 684J bermaksud 680000pF atau 680nF atau 0.68uF namun bila diukur, bacaannya cuma 47nF sahaja.

Kapasitor lama dan kapasitor baru...

Setelah kapasitor seramik tersebut saya ganti dan diuji, kini suis tersebut masih boleh digunakan semula seperti biasa.

Testing...

Lampu indikator akan padam apabila kad kunci dimasukkan untuk menghidupkan suis tersebut.

Tested - ok

Selamat mencuba...