Saturday 19 October 2019

ABB Hotel Key Card Switch (Hotel energy saving switch) repair

Hari ini saya dirujuk satu suis yang digunakan pada bilik hotel yang berjenama ABB dengan masalah lampu LED berwarna kuning/oren tidak menyala.

Key Card Switch/Holder

Fungsi suis tersebut ialah untuk menghidupkan semua bekalan elektrik kepada bilik hotel apabila kad dimasukkan ke dalamnya dan mampu menangani arus elektrik sehingga 16A.

Buka penutup luar...

Anda boleh melihat gambar-gambar di atas dan di bawah untuk cara-cara membukanya.

Buka pemegang card...

Keluarkan keseluruhan suis...

Buka bahagian papan litar...

Setelah papan litarnya dikeluarkan dan diperiksa menyeluruh, saya hanya menjumpai satu perintang yang berwarna kuning/oren/coklat/emas didapati putus dan telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang putus...

Nilai perintang dengan warna kuning/oren/coklat/emas ialah 430Ω, namun saya tidak menjumpainya di kedai eletronik dan nilai terdekat yang ada di pasaran ialah 470Ω. Penjual juga memberitahu saya bahawa sepanjang pengalaman beliau membaiki serta menjual perintang, beliau belum pernah menjumpai perintang dengan nilai 430Ω.

Kuning, Oren, Choklat, Gold = 430Ω

Jadi untuk kepastian, saya buka satu suis yang baru dan apabila saya mengukur perintang tersebut, nilainya ialah 67.4kΩ seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Perintang tersebut juga berwarna kuning/oren/coklat/emas.

lebih kurang 68Ω...

Pelik tapi benar, walaupun perintang dengan warna kuning/oren/coklat/emas mempunyai nilai 430Ω tetapi bila diukur dengan multimeter nilainya ialah 67.4kΩ.

Biru, kelabu, oren, gold = 68kΩ

Jadi dipendekkan cerita saya beli perintang 68kΩ (Biru/Kelabu/Oren/emas) dan setelah di pasang serta diuji, lampu LED tersebut kini kembali menyala.

Pasang perintang 68kΩ

Persoalan yang tidak mampu saya jawab ialah kenapa nilai perintang yang rosak itu tidak sepadan dengan warnanya? 430Ω dan 68000Ω (68kΩ) itu sangat jauh bezanya...

Testing

Berhati-hati ketika menukar komponen yang rosak, rujuk kepada schematic (jika ada) atau periksa pada komponen yang elok untuk kepastian.

Tested - ok

Pembetulan pada 02/11/2019, saya sekali lagi dirujuk benda yang sama dan perintang yang digunakan di atas ialah berwarna "Biru, oren, oren" iaitu 63kΩ dan bukannya "kuning, oren, coklat" seperti dinyatakan di atas. Saya tidak pasti kenapa warna yang dilabelkan di atas ialah "kuning, oren, coklat". Itu pun tiada nilai perintang 63kΩ dan nilai yang paling dekat ialah 68kΩ. Jadi pilihan saya di atas adalah tepat.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.