Saturday, 21 February 2026

YouTube short is muted and deleted

Minggu lepas saya menerima dua e-mail dari YouTube seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah 

Kedua-dua e-mail dengan isi kandungan yang sama iaitu klip video saya telah dibisukan (muted) atas sebab muzik latar telah tiada atau telah dihapuskan (deleted) oleh pemilik asal.

YouTube short muted...

Gambar tangkap layar di atas dan di bawah ialah kedua-dua klip video saya yang telah dibisukan dan bakal dipadam (delete) dalam masa 30 hari. 

YouTube short muted...

Mulai dari sekarang saya akan elak menggunakan muzik latar orang lain agar tiada lagi masalah serupa berulang. 

Deleted in 30 days...

Saya berpendapat pihak YouTube seharusnya membenarkan kita untuk menukar muzik latar selain membisukan serta menghapuskannya.

Nasib baik klip video yang bakal dihapuskan itu tidak penting dan saya muatnaik untuk hiburan serta memenuhi kuota sahaja. 

Mungkin saya perlu buat muzik latar sendiri menggunakan gitar.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.