Friday, 27 February 2026

Gold-A058 2.1 channel class D amplifier repair

Baru-baru ini saya teli beli sebuah module amplifier 2.1 channel untuk disambungkan kepada speaker home theater.

Gold-A058

2.1 channel bermaksud 2 speaker serta sebiji subwoofer dan cara ianya disambung telah saya labelkan pada gambar di bawah.

Bahagian belakang papan litar...

Pada suatu hari saya uji module tersebut dengan melaraskan subwoofer ke maksima dan gagal menghasilkan bunyi bass tidak lama selepas itu.

CS8623E rosak...

Suara subwoofer dijana menggunakan sebiji ic yang berlabel CS8623E seperti boleh dilihat pada gambar di atas & di bawah. 

IC baru - CS8623E

Memandangkan hanya subwoofer sahaja yang gagal berfungsi, saya gantikan ic CS8623E dan subwoofer kembali menghasilkan suara bass semula.

Gantikan ic CS8623E...

Klip video di bawah saya rakam sewaktu menukar ic tersebut dan mengujinya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.  

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.