Monday, 2 March 2026

F&D F6000 5 .1 multimedia speaker repair

Pada 21/02/2026 lepas saya kutip satu set home theater berjenama F&D model F6000 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

F&D F6000 5.1 multimedia speaker

Pemilik telah membeli 'home theater' yang baru berjenama Denn model DLA-HT4880BO sebagai pengganti.

Model: F6000

Setelah dibekalkan arus elektrik, ianya boleh dihidupkan namun indikator berkelip-kelip dan butang 'standby' gagal berfungsi bila ditekan.

Tact switch rosak...

Saya buka panel bahagian hadapan dan papan litarnya seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

4.3mm tact switch...

Saiz 'tact switch' yang digunakan ialah 4.3mm dan saya gantikan semua 4 biji sebab ianya tiada keterusan bila diperiksa menggunakan multimeter.

Siap...

Untuk pengetahuan semua, multimedia speaker ini kembali berfungsi semula setelah dengan hanya menggantikan 4 biji suis sahaja.

Komponen yang rosak...

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.