Baru-baru ini saya ada membeli sebuah module amplifier dengan label CA-2902 seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| IRS2092S |
Menurut iklan, ianya boleh menghasilkan kuasa output sehingga 500w dengan bekalan elektrik ±75V serta speaker 4Ω.
![]() |
| Bahagian bawah PCB CA-2092 |
Module ini hanya boleh beroperasi dengan bekalan elektrik di antara ±55V hingga ±80V.
![]() |
| Litar kapasitor input putus... |
Nasib tidak menyelebahi saya kali ini apabila ianya gagal menghasilkan suara namun kipasnya boleh berpusing dengan menggunakan bekalkan elektrik ±39V sahaja.
![]() |
| Buka kapasitor 22uf, 16v |
Setelah diperiksa dengan mata kasar, saya dapati sebiji kapasitor SMD bahagian input telah putus serta tanggal dari papan litar kaki negarifnya.
![]() |
| Gam & sambung litar yang putus... |
Jadi, ianya gagal menghasilkan suara berikutan litar input putus pada kapasitor tersebut. Saya tanggalkan kapasitor tersebut dan membaiki litarnya yang putus menggunakan pateri.
![]() |
| Siap... |
Setelah siap dibaiki serta diperiksa menggunakan multimeter, bacaan nilai kapasitor tersebut ialah kira-kira 24uf seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
![]() |
| 24.5uf |
Masalah tiada suara selesai namun suara outputnya sangat teruk dengan 'distortion' sebab bekalan elektrik ±39V yang dibekalkan tidak mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna.
Saya akan kemaskini lagi jika ada bekalan elektrik di antara ±55V hingga ±80V untuk mengujinya.
Selamat berDIY...







En Wong di KL? Nak tanya kunci kereta saya ada butang rosak. Boleh ke ganti butang itu? Kalau boleh dimana nak beli butang itu?
ReplyDeleteMiri, Sarawak. Saya biasa beli alat ganti dalam talian di shopee/lazada/AliExpress.
DeleteTerima kasih.
ReplyDelete