Sebelum ini saya pernah membaiki minibar seperti ini dan anda boleh rujuk di sini dan sini.
Jenama: DOMETIC |
Hari ini saya dirujuk sebuah lagi minibar yang sama dengan masalah tidak sejuk dan lampu di dalamnya berkelip-kelip.
Model: HiPro 3000 |
Mengikut pengalaman lepas, masalah sedemikian biasanya disebabkan oleh kerosakkan pada papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
PCB... |
Setelah PCB ditukar dengan yang baru dan diuji, masalah masih sama iaitu tidak sejuk dan lampu di dalamnya berkelip-kelip.
Temperature sensor... |
Oleh kerana masalahnya bukan pada PCB, maka hanya ada dua kemungkinan yang tinggal iaitu kerosakkan pada elemen pemanas dan sensor suhu (temperature sensor).
new temperature sensor |
Pemeriksaan seterusnya menggunakan multimeter mendapati salah satu sensor suhu rosak dan bacaannya cuma kira-kira 1kΩ sahaja.
10kΩ NTC thermistor temperature sensor |
Sensor suhu pada minibar ini menggunakan 10kΩ NTC thermistor. NTC thermistor sangat sensitif dengan suhu dan bacaan rintangannya akan menurun jika suhu bertambah.
sambungkan sensor baru... |
Untuk pengetahun semua, bacaan rintangan 10kΩ untuk NTC therminstor ini hanya akan tercapai bila suhunya pada 25C sahaja. Jika suhu melebihi 25C, bacaan rintangannya ialah di bawah 10kΩ dan jika suhu kurang dari 25C, bacaan rintangannya di atas 10kΩ.
Siap... |
Setelah NTC thermistor tersebut siap saya tukar dan diuji, minibar tersebut kini kembali berfungsi dan telah berjaya diselamatkan.
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.