Friday 15 July 2022

ShopeePay return/refund

Bulan lepas saya ada kongsikan satu 'return/refund' di shopee dan anda boleh rujuk di sini.

'Return/refund' tersebut telah selesai pada 26/5/2022 namun selepas 14 hari ianya masih di 'wallet ShopeePay' walaupun saya tidak pernah mengaktifkannya dan tidak akan mengaktifkannya.

Dipendekkan cerita, saya telah membuat aduan kepada pihak shopee dan pihak mereka telah meminta nama penuh, nama akaun bank, nombor akaun bank serta nombor kad pengenalan untuk proses memindahkan wang dari 'wallet shopeepay' ke akaun bank.

Setelah maklumat yang dipinta dihantar, saya menerima email memberitahu yang maklumat yang saya bekalkan tidak sama dengan maklumat pada shopeepay seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di atas dan di bawah.

Untuk pengetahuan semua, nombor IC yang berakhir dengan 790 ialah nombor passport saya dan saya hairan kenapa maklumat tersebut boleh ada pada mereka.

15/7/2022

Setelah hampir dua bulan, akhirnya pihak shopee telah memulangkan wang 'return/refund' tersebut ke akaun bank saya.

Lepas ini saya akan 'delete' akaun shopee sedia ada ini selepas kesemua benda yang saya beli pada 07/07/2022 sampai ke tangan saya.

Saya tahu ianya adalah untuk keselamatan akaun saya namun sangat menyusahkan sebab wang saya pada wallet shopeepay tidak dapat digunakan.

Nasib baik cuma RM34.30 sahaja, jika ianya melibatkan jumlah wang yang besar dan tidak dapat digunakan, saya rasa boleh gila dibuatnya...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.