Thermometer ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.
HTD8813C digital thermometer |
Hari ini dia kembali dengan masalah sama iaitu picu tidak berfungsi bila ditekan dan setelah dibuka, kerosakkan juga sama iaitu picnya patah ditempat yang sama seperti dahulu seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Patah lagi... |
Sebelum ini saya telah guna 'super glue' dan 'vital 3-ton epoxy' untuk mencantumkan bahagian yang patah.
Leburkan plastik & gam... |
Kali ini saya leburkan sedikit pada kedua-dua belah bahagian yang patah dengan menggunakan 'soldering iron' sebelum dicantumkan. Selepas itu saya leburkan plastik dan lekatkan pada luar sekeliling bahagian yang patah seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Pasang kambali... |
Kerja-kerja melebur dan melekat plastik harus dilakukan serentak pada bahagian yang ingin dicantumkan supaya ianya melekat dengan sempurna.
Testing... |
Setelah plastik yang dilebur dan dicantumkan kering serta keras, saya pasang kembali picu tersebut ke kedudukan asal untuk diuji. Ianya kelihatan lebih tegap dan kuat berbanding dengan sambungan terdahulu.
Tested - ok |
Semoga ianya tidak kembali lagi dengan masalah yang sama selepas ini.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.