Saturday, 23 February 2019

Baiki PENSONIC PTF-53A Thermo Pot/Flask

Thermo pot/flask ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini dia kembali dengan masalah yang berbeza iaitu lampu indikator berwarna merah & hijau tidak menyala.
Pandangan atas
Walaupun lampu tersebut tidak menyala namun fungsinya untuk memasak (boiling) dan mengekalkan suhu (keep warm) tidak terjejas. Dengan yang demikian kita cuma perlu memeriksa papan litar indikator sahaja.
peringtang 100K putus
Seperti biasa jika ingin memeriksanya, kita harus membuka papan litar tersebut dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas. Papan litar tersebut cuma mengandungi 2 biji LED, 2 biji diod, 2 biji suis & sebiji perintang 100K ohm.

Setelah diperiksa, cuma perintang sahaja yang didapati rosak dan harus diganti
Lampu merah menyala (tested - ok)

Lampu hijau menyala (tested - ok)
Selamat mencuba...

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Nk tanya. Apa masalah jika termos tidak boiling. Termos pensonic model ptf 6000

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka penutup bawahnya, periksa:-
      1. Elemen pemanas (jika ok)
      2. Thermal fuse (jika ok)
      3. papan litar (Biasanya perintang putus)

      Delete
  2. kalau motor tak hidup apanya yang rosak

    ReplyDelete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.